Topson dan Ana sah kembali, kini di T1 – DOTA2

TI pada awalnya adalah pasukan League of Legends yang paling dikenali ramai sehingga hari ini.

Namun mereka cuba untuk menembusi dunia profesional Dota 2 sejak 4 tahun lepas.

Semalam, T1 mengumumkan 2 pemain baharu mereka dan kini bersedia untuk bertempur di Kelayakan Asia Tenggara The Internationals 11.

https://pbs.twimg.com/media/FaSsnPgacAAHDKO?format=jpg&name=900x900

Nampaknya, Ana akan bermain position 1 sebagai Carry dan Topson position 2 di Midlane.

Topson pula sebenarnya adalah stand in di T1.

Tiga lagi pemain untuk T1 adalah Kuku (Kapten), Xepher dan Whitemon.

Siapa sangka Ana yang telah banyak kali mengatakan dia akan berhenti namun sentiasa kembali ke Dota 2.

Tetapi kali ini bersama-sama bekas rakan pasukan OG-nya iaitu Topson.

Topson pula baru-baru ini mengumumkan dia akan menyertai pasukan lain setelah kebenaran OG dan kini di T1.

Penambahan Topson dan Ana menunjukkan T1 memang mahu berubah untuk mendominasi dunia profesional Dota 2.

RELATED NEWS

+