Trailer rasmi siri anime Dota: Dragon’s Blood dilancarkan

Walaupun hanya beberapa minggu Netflix dan Valve mengumumkan iklan acah untuk Dota: Dragon’s Blood, nampaknya kali ini kita menerima satu lagi¬†trailer.

Trailer tersebut memaparkan watak utama Davion, Dragon Knight. Juga terdapat karakter terkenal seperti Princess Moon Mirana, Luna The Moon Rider dan Invoker Carl.

Seperti yang disaksikan, Dragon’s Blood mengisahkan perjalanan Davion dan pada masa yang sama dunia Night Elf mungkin diiteroka dengan pengenalan Mirana dan Luna.

Siri Netflix ini akan ditayangkan bermula 25 Mac ini.

RELATED NEWS

+