Twitch kini benarkan kandungan bertemakan seksual dan eksplisit dengan syarat

Sejak beberapa minggu lepas Twitch kini mempunyai ‘meta’ baru selepas seorang streamer, cosplayer dan model OnlyFans ‘Morgpie’ tular di media sosial.

Seperti ‘bathtub’ meta, hal ini sangat pelik untuk Twitch yang dikenali ramai sebagai platform stream permainan video, podcast dan pelbagai lagi kandungan lain yang tidak seksual atau eksplisit.

Morgpie baru-baru ini membuat stream di mana dia seakan-akan tidak memakai baju.

Hal ini membuatkan ramai marah terhadap Twitch kerana membenarkan perkara sebegini berlaku.

Morgpie kemudiannya diharamkan daripada Twitch.

Jawapan Twitch untuk hal ini adalah dengan menukar terus garis panduan kandungan eksplisit di pelantar mereka.

Salah satu perubahan garis panduan ialah Twitch kini membenarkan kandungan yang menunjukkan payudara, punggung dan kawasan pelvis (bawah pusat).

Ini perkara yang dibenarkan Twitch sekarang:

  • Perubahan: Beberapa kandungan kini dibenarkan dengan label
  •  Kebogelan Artistik: Dibenarkan di bawah Label Tema Seksual
  •  Permainan video yang mempunyai kebogelan: Memerlukan label dan konteks
  •  Cat Badan: Diterima dengan label yang sesuai
  •  Permainan Video Dewasa: Label untuk kandungan tersebut
  •  Keterlihatan Stream: Menerima impak mengikut label kandungan

Adakah streamer yang tidak memakai baju kini boleh stream di Twitch tanpa takut?

Banyak polisi yang sebelum ini tidak dibenarkan kini dibenarkan di Twitch seperti memaparkan payudara wanita dan kemlauan atau punggung tidak mengira jantina dengan syarat.

Ini hanya dibenarkan dengan melabel stream tersebut.

Image

Malah tarian erotik juga dibenarkan seperti menari tiang, twerking dan grinding tanpa memerlukan label di stream.

Boleh dikatakan ini adalah anjakan paradigma yang luar dari polisi Twitch sebelum ini.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai perubahan garis panduan ini di Twitch.

Ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam.

RELATED NEWS

+