pemfailan baharu pada Isnin lepas."> pemfailan baharu pada Isnin lepas." /> pemfailan baharu pada Isnin lepas." />

Unity Software bakal pecat lebih 1,800 kakitangan mereka

Pencipta perisian permainan video Unity Software mahu memecat lebih 25% kakitangan mereka selepas pemfailan baharu pada Isnin lepas.

25 peratus ini merangkumi hampir 1,800 jumlah pekerja mereka.

“Kami mahu mengurangkan beberapa perkara untuk memfokuskan perniagaan teras bagi meraih keuntungan dan kejayaan jangka masa panjang,”

Pemecatan ini digelar sebagai ‘company reset’ oleh Unity.

September lepas, syarikat itu memdapat banyak kecaman disebabkan polisi pembayaran Unity Engine yang baharu menyebabkan ramai pembangun permainan video memberontak.

Tidak lama kemudian pula, Ketua Pegawai Esekutif John Riccitiello pula mengumumkan dia akan berpencen dari Unity.

Banyak permainan video terkenal juga dibangunkan oleh Unity Engine seperti Apex Legends, Among Us, Mobile Legends dan lain-lain lagi.

Pemberhentian kerja ini juga sudah bermula sejak November tahun lepas lagi.

14 pejabat Unity juga sudah ditutup tahun lepas.

Rujukan: Reuters

RELATED NEWS

+