Mobile Legends: Moonton Akhirnya Menggunakan Enjin Unity 2017 – Lebih Lancar, Lebih Cepat Loading Time

Setelah sekian lama, akhirnya Moonton terbuka dengan idea baru dalam usaha memastikan gameplay Mobile Legends lebih lancar dan mengurangkan jangka masa loading screen sebelum perlawanan bermula.

Menerusi forum MobileLegends.com, pengguna GreaseGaming memuat naik satu video yang menunjukkan permainan itu kini lebih lancar.

Dikatakan yang perubahan ini masih dijalankan kajiannya dalam Advanced Server dan belum lagi dirasmikan oleh Moonton sendiri. Buat masa ini, masih belum pasti berapa lama tempoh uji kaji akan dijalankan tapi menurut beberapa pengguna, ia mungkin berlanjutan sehingga beberapa bulan.

Walaupun Moonton belum senaraikan beberapa perubahan yang patut, namun kelancaran permainan adalah satu penambahan yang sangat dialu-alukan!

RELATED NEWS

+