Tiada yang lagi menyusahkan daripada bos yang mengambil masa lama untuk dikalahkan.
Pasti ada sahaja masalah yang akan jadi apabila anda berlawan dengan bos-bos yang memerlukan masa yang lama.
Bila berlawan dengan bos di dalam permainan video tidak bermakna bos itu susah.
Tetapi bila sesuatu bos itu memerlukan masa yang agak lama hal ini pasti akan membuat anda mengeluh kerana perlawanan bos itu tidak habis-habis.
1. Chakravartin – Asura’s Wrath
Chakravartin adalah bos terakhir dalam Asura’s Wrath. Bos ini begitu besar sehingga mampu menembak laser untuk menghancurkan planet dan dia juga lebih besar dari saiz galaksi.
Bos terakhir di dalam Asura’s Wrath ini menjadi begitu lama apabila anda perlu bercampur dengan babak cerita ketika berlawan.
Perlawanan dengan bos ini akan membuat anda berasa sangat lama hampir satu jam. Tapi kalau kalah, lagilah mengambil masa yang lama.
2. Dark Lord – Doom Eternal
Doom Eternal permainan yang boleh menjadi susah dan juga senang mengikut pemainnya. Di dalam Doom Eternal perlawanan selalunya cepat dan pantas. Malah bos-bos yang lain pula tidak memakan masa yang terlalu lama ada yang hanya beberapa minit sahaja.
Dark Lord dari DLC Ancient Gods pula mempunyai nyawa yang banyak di dalam Doom Eternal.
Ramai pemain merungut akan kesusahan bos ini. Apabila anda diserang jarak dekat bos ini mampu memulihkan nyawanya.
Dark Lord pula akan memanggil raksasa untuk berlawan denganya. Jika anda tidak membunuh raksasa lain itu dengan cepat maka Dark Lord akan memulihkan dirinya lagi.
Anda perlu sentiasa bergerak dan Dark Lord tidak akan memberi anda peluang untuk berehat langsung.
3. Overlord Baal – Disgaea 2
Disgaea 2 adalah permainan video seakan-akan Final Fantasy Tactics. Permainan ini selalunya akan membuat anda mencapai stats sehingga nombor yang tidak masuk akal.
Baal menaikkan stats ini ke tahap lebih dahsyat. Baal mempunyai 100 billion HP. Ini adalah betul anda tidak salah baca.
Dia juga mempunyai kuasa yang sangat kuat seperti evasion rate dalam fasa ketiga yang sangat tinggi dan juga boleh membuat salinan diri sendiri iaitu Baal yang kedua.
Pada tahap ini nombor-nombor di dalam Disgaea sudah tidak ada makna lagi.
4. Adamantoise – Final Fantasy XV
Adamantoise di dalam Final Fantasy 15 mempunyai HP yang sangat banyak iaitu 5 juta.
Apa yang membuatkan perlawanan ini renyah apabila anda terkeluar dari kawasan bos ini maka anda perlu bermula semula lawan dengan nyawa bos yang penuh.
Bos ini tidak susah cuma sangat-sangat membuang masa.
5. Absolute Virtue – Final Fantasy XI
MMORPG banyak menggunakan konsep bos raid yang memerlukan ramai pemain untuk berlawan dan mengalahkan satu bos.
Guild-guild di dalam permainan ini mengambil masa 30 jam dan masih tidak mampu mengalahkan bos ini pada hari pertama dikeluarkan.
Apa yang membuat Absolute Virtue begitu lama untuk mati? Bos ini mempunyai 100,000 HP dan di dalam FFXI dan mengikut standard FFXI jumlah HP seperti ini adalah banyak.
Absolute Virtue pula akan memulihkan diri sebanyak 500HP setiap tiga saat.
Apabila karakter anda mempunyai skill Auto Regen anda hanya mendapat 1 HP dan 2 HP untuk Auto Regen 2.
Absolute Virtue juga mempunyai satu skill yang dipanggil Benediction. Ia akan memulihkan nyawanya sendiri sehingga 50%.
Bayangkan masa berjam-jam hilang begitu sahaja disebabkan satu skill yang boleh menambahkan nyawa.
Akhirnya Square Enix mengurangkan kesusahan untuk bos ini tetapi Absolute Virtue masih susah untuk ditewaskan.