VCT: NA Last Chance Qualifier akan mula 13 Oktober ini

Berakhirnya VCT Masters Berlin pada September lalu, kini pasukan-pasukan VALORANT masih ada satu peluang untuk mendapatkan tempat di VALORANT Champions iaitu Last Chance Qualifier.

Bagi kejohanan Last Chance Qualifier Amerika Utara, ia adalah kejohanan berasaskan jemputan secara LAN, di mana lapan pasukan akan bertanding untuk mendapatkan tempat ke kejohanan dunia Champions bersama dua pasukan NA iaitu Sentinel dan Envy.

Kejohanan kelayakan ini akan berlangsung pada 12 hingga 17 Oktober (13 hingga 18 Oktober pada waktu Malaysia).

Sumber: PlayVALORANT, Riot Games

  • 100 Thieves
  • Version1
  • FaZe Clan
  • XSET
  • Luminosity Gaming
  • Rise
  • Cloud9 Blue
  • Gen.G Esports

Sumber: PlayVALORANT, Riot Games

Format kejohanan juga diubah berikutan maklum balas daripada komuniti VALORANT. Perlawanan akan ditentukan dengan dua penyingkiran di kemuncak bracket iaitu di Pusingan Akhir dengan perlawanan secara lima terbaik (BO5).

Berikut ialah jadual perlawanan di waktu Malaysia:

Rabu, 13 Oktober

3.00 am – Perlawanan 1: Gen.G Esports vs 100 Thieves
6.00 am – Perlawanan 2: Luminosity Gaming vs XSET

9.00 am – Perlawanan 3: Pemenang Perlawanan 1 vs Pemenang Perlawanan 2

Khamis, 14 Oktober 

3.00 am – Perlawanan 4: Rise vs FaZe Clan
6.00 am – Perlawanan 5: Cloud9 Blue vs Version1

9.00 am – Perlawanan 6: pemenang Perlawanan 4 vs pemenang Perlawanan 5

Jumaat, 15 Oktober

3.00 am – Perlawanan 7
6.00 am – Perlawanan 8

Sabtu, 16 Oktober

3.00 an – Perlawanan 9
6.00 am – Perlawanan 10

9.00 am – Perlawanan 11: Upper Bracket Akhir

Ahad, 17 Oktober

3.00 am – Perlawanan 12: Lower Bracket Separuh Akhir
6.00 am – Perlawanan 13: Lower Bracket Akhir

Isnin, 18 Oktober

3.00 am – Perlawanan Akhir

Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan pasukan-pasukan kegemaran anda bersaing di NA Last Chance Qualifier, anda boleh saksikan di saluran rasmi YouTube VALORANTEsports, dan Twitch VALORANT dan VALORANTEsports 2.

Sumber: AFK Gaming, PlayVALORANT, VALORANTEsports.

RELATED NEWS

+