Versi remastered BloodRayne 1 & 2 akan dilancarkan untuk PC

Rayne, watak vampire wanita terkenal dalam dunia permainan video bakal kembali setelah hampir 10 tahun tidak membuat kemunculan. Dua permainan utama BloodRayne akan kembali di PC dengan versi remastered yang bertajuk BloodRayne: Terminal Cut dan BloodRayne 2: Terminal Cut.

Ziggurat Interactive, pemilik terkini francais BloodRayne, mengumumkan bahawa kedua-dua permainan tersebut akan dilancarkan di Steam dan GOG pada 20 November ini. Pemilik versi asal kedua-dua permainan tersebut akan menerima versi baharu ini secara percuma.

BloodRayne: Terminal Cut dan BloodRayne 2: Terminal Cut akan hadir bersama beberapa penambahbaikkan grafik seperti sokongan resolusi tinggi hingga 4K, tetapan 4x anti-aliasing, sokongan untuk alat kawalan moden, dan banyak lagi.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+