Worlds 2021 sah akan diadakan di Reykjavik, Iceland

Tarikh dan lokasi bagi kejohanan dunia League of Legends, 2021 League of Legends World Championship kini sah akan diadakan bermula 5 Oktober hingga 6 November ini di Reykjavik, Iceland.

Demi memastikan keselamatan dan kesihatan pemain dan petugas, Worlds 2021 akan diadakan tanpa penonton di Laugardasholl Indoor Sporting Arena, Reykjavik. 

Sebelum ini, Riot berjaya mengadakan Mid-Seasonal Invitation pada Mei lalu dengan kaedah yang sama di lokasi yang sama. Meskipun tanpa penonton di lokasi, MSI masih memperoleh jumlah penonton yang ramai dalam talian dan tertinggi iaitu 23 juta penonton. 

Kejohanan ini akan diadakan dengan tiga peringkat iaitu Play-Ins, Kumpulan dan Knockouts. 

Berikut ialah tarikh-tarikh perlawanan bagi peringkat Worlds 2021:

Play-Ins: 5 hingga 9 Oktober
Kumpulan: 11-13 dan 15-18 Oktober
Suku Akhir: 22 hingga 25 Oktober
Separuh Akhir: 30-31 Oktober
Akhir: 6 November.

Peringkat Play-Ins dan Kumpulan akan diadakan pada 11.00 am GMT (7.00 pm MYT). Peringkat Suku Akhir akan diadakan pada pukul 12.00 pm GMT (8.00 pm MYT).

Untuk maklumat lanjut mengenai League of Legends World Championship 2021, anda boleh ikuti mereka di Twitter dengan #World2021 dan laman rasmi lolesports.com.

Sumber: Dot Esports, LoL Esports

RELATED NEWS

+