Setelah melawat dua universiti dari Perak ke Melaka, kali ini Kejohanan E-Sukan Kampus (#XPAXKEK) singgah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mengadakan pertandingan e-sukan antara kolej dan universiti bersama sesi wacana pendidikan dengan personaliti gaming & e-sukan serta banyak lagi aktiviti untuk peringkat zon Borneo.
Baca lanjut: [FOTO] Yang Terbaik Di #XPAXKEK Zon Selatan, Untunglah Student UiTM Alor Gajah!
Bertempat di Kompleks Dewan Kuliah 2, terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung dari semua lapisan masyarakat datang membanjiri acara yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 22 Mac sehingga 24 Mac.
Menimba ilmu dalam kejohanan e-sukan antara kampus terbesar di Malaysia
Penyelaras dan penerbit e-sukan Media Prima Digital, Fikri Rizal Mahruddin melahirkan perasaan teruja kerana dapat melangsungkan Kejohanan E-Sukan Kampus buat kali pertama di UMS bagi zon Borneo. Beliau berkata, “Objektif utama kami untuk mendidik orang ramai tentang e-sukan dan gaming khusus dalam kalangan pelajar. Kami mahu memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelajar-pelajar dan mendedahkan cara sebenar untuk mengurus dan bekerja dalam acara e-sukan.”
Fikri berpendapat acara sebegini dapat membuka mata masyarakat Sabah yang jarang berkunjung di acara e-sukan yang diadakan di universiti terbesar di Sabah. “Pihak UMS menyokong usaha kami terhadap e-sukan sepenuhnya dan sangat membantu. Lebih-lebih lagi, mereka juga sedang menyambung ulangtahun jubli perak UMS pada tahun ini. Jadi, ia amat bermakna kerana Kejohanan E-Sukan Kampus dapat diraikan seiring dengan ulangtahun ini bersama pihak universiti dan pelajar,” kata beliau.
Keterujaan ini turut dikongsi oleh presiden kelab e-sukan UMS, Vincent Lee. Beliau merasakan pelajar dapat menimba banyak ilmu tentang e-sukan serta mengasah bakat-bakat terpendam seperti mengulas, bermain secara kompetitif dan banyak lagi. “Harapan saya adalah untuk Kejohanan E-Sukan Kampus XPAXKEK ini diadakan pada setiap tahun di UMS dan membuka ruang lebih supaya ramai orang untuk datang ke acara XPAXKEK,” kata Vincent.
Temui artis kesayangan, main game secara percuma dan banyak lagi aktiviti!
Untuk hari ini (22 Mac), XPAXKEK menjemput personaliti-personaliti penting dalam industri e-sukan dan game development ke atas pentas. Antara pengucap yang sudi meluangkan masa berkongsi ilmu adalah pengulas dan pengurus komuniti Malaysia untuk Moonton, Ikuto Radzi untuk bercakap mengenai karier dalam e-sukan; ketahui bagaimana cara untuk jadi game developer di Malaysia oleh pengasas bersama Magnus Games Studio, DC Gan dan streamer, Adam SparTankeR akan memberikan tip-tip untuk jadi streamer berjaya.
Pada 23 dan 24 Mac, pelajar-pelajar dari negeri Sabah dan Sarawak bertempur untuk tiga pertandingan game ini iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2018 selama dua hari. Ikuto dan SparTanKeR juga akan mengulas pertandingan Mobile Legends: Bang Bang secara langsung di pentas XPAXKEK! Peserta-peserta akan bersaing bagi mendapat tempat ke Grand Final dan merebut hadiah terkumpul wang sebanyak RM180,000.
Pada hari Ahad ini, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan artis terkenal tanahair seperti Nabila Razali, Naim Daniel dan urang-urang Sabah, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Andi Bernadee!
Sepanjang tiga hari ini, pengunjung boleh meluangkan masa untuk mencuba pelbagai jenis game seperti Beat Saber, Mario Kart, Tekken 7 dan banyak lagi secara percuma. Turut serta, korang boleh singgah ke gerai Media Prima Labs dan MDEC untuk mengetahui kerjaya-kerjaya yang korang boleh ceburi dalam bidang e-sukan dan gaming.
Selain itu, korang berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan elektronik dalam cabutan bertuah yang ditaja oleh Sades dan Todak serta memenangi hadiah lumayan RM1 juta di gerai XPAX. Korang juga boleh Boost-kan hidup tanpa keluarkan wang tunai dengan aplikasi e-wallet digital Boost.
Masuk adalah PERCUMA! Jumpa korang semua di Kompleks Dewan Kuliah 2, UMS pada 22 Mac sehingga 24 Mac 2019!
Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan pihak UMS atas kerjasama ini.
Ikuti MyGameOn di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter untuk segalanya berita gaming dan e-sukan!