xQc dan Amouranth ke pelantar stream Kick

Kick adalah pelantar penstriman baharu yang kini menjadi antara salah satu lawan baru untuk Twitch.

XQc baru-baru ini telah membuat pengumuman dia akan menandatangani kontrak dengan pelantar stream Kick.

Dia telah bersetuju dengan kontrak bernilai ASD $1 juta (RM462 juta) dan bakal menjadi antara streamer paling besar dari Twitch yang keluar dari pelantar itu.

Sehari selepas itu, Amouranth juga membuat pengumuman dia akan menyertai pelantar Kick.

Amouranth akan mulakan stream di Kick selepas 7 tahun menjadi streamer di Twitch.

Setakat ini masih belum ada apa-apa berita mengenai harga kontrak yang ditandatangani oleh Amouranth.

Adakah selepas ini lebih ramai streamer besar dari pelantar lain akan sertai Kick?

RELATED NEWS

+