Twitch bakal menamatkan operasi mereka di Korea awal tahun hadapan.
Hal ini disebabkan kos pengurusan yang kian melambung untuk beroperasi di Korea.
Berita ini dikongsi oleh MonteCristo di X selepas emel daripada Twitch.
I just received an email from @Twitch that they are shutting down their business in Korea.
The ISPs petitioning the Korean government to charge for web traffic have apparently made it 10x as expensive to operate compared to other countries.
This is awful news for KR creators. pic.twitter.com/OFoUjtTvD0
— MonteCristo (@MonteCristo) December 6, 2023
Setiap operasi Twitch di Korea akan berhenti pada 27 Februari tahun hadapan.
Difahamkan perkara ini berlaku apabila penyedia perkhidmatan internet (ISP) membuat petisyen kepada kerajaan Korea untuk mengecas setiap penggunaan web sekaligus menyebabkan kos melambung sehingga 10 kali ganda.
Tidak lupa juga banyak streamer-streamer di Korea terkesan dengan berita ini dan mereka kini terpaksa berpindah ke pelantar strim yang lain.
Twitch juga mengatakan mereka sudah dalam kerugian untuk beberapa tahun di Korea.
Di blog Twitch, cubaan untuk mengurangkan kos juga tidak berhasil jadi keputusan untuk menamatkan operasi Twitch di Korea terpaksa dilakukan.
Hal ini juga memeberi impak kepada streamer, pasukan-pasukan e-sukan Korea yang terkenal, dan juga kepada para pengguna Twitch sendiri.