Streamer ‘separuh bogel’ Morgpie puji Twitch atas perubahan garis panduan

Streamer Twitch ‘Morgpie’ baru-baru ini terkenal dengan meta ‘topless’ (separuh bogel) yang kini viral di beberapa laman sosial.

Morgpie tidak lama kemudian terus diharamkan dari melakukan stream di platform itu.

Twitch pula kini mengeluarkan dan mengubah garis panduan baharu untuk kandungan seksual dan eksplisit.

Dexerto menemu ramah Morgpie menanyakan apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya mengambil perhatian terhadap Twitch sebagai pelantar, dan saya juga mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kandungan yang tidak sesuai muncul untuk penonton yang salah,” ujar Morgpie.

Morgpie 🏆 award winning sprinkler on X: "LIVE NOW https://t.co/0WC5Hdr1P5  https://t.co/fKH5KjxzJU" / X

“Dengan perubahan terma dan syarat ini, kandungan di Twitch boleh mempunyai tema lebih matang tetapi tidak akan dikeluarkan di homepage laman Twitch.

“Saya rasa ini adalah perubahan terbaik, kerana pencipta kandungan mempunyai kebebasan lebih luas di samping memastikan kandungan tersebut tidak disampaikan ke penonton yang salah. Bravo, Twitch!”, tambahnya lagi.

Setakat ini masih belum ada apa-apa berita mengenai penarikan semula pengharaman Morgpie di Twitch.

Dia juga tidak memberitahu berapa lama akaun Twitch-nya diharamkan.

Morgpie juga memberitahu dia akan kembali semula pada masa hadapan.

Rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+