xQc perang mulut dengan bekas pekerja Riot Games – Debat Dota 2 & League of Legends

Debat permainan mana lebih baik Dota 2 dan League of Legends telah lama berlaku dalam dunia MOBA.

Malah kedua-dua peminat francais ini juga terkenal dengan pergaduhan permainan siapa yang lebih baik.

Penstrimer popular Twitch Felix “xQc” Lengyel kini datang dengan drama baru dengan seorang bekas pekerja Riot Games, Nathan “Blautoise” Blau.

Pergaduhan mulut ini berlaku ketika xQc dan beberapa penstrimer Twitch lain bermain Mario Kart bersama-sama.

“Hanya pemain (League of Legends) yang ‘bodoh’ sahaja akan mempunyai masalah dengan turn rate dan seolah-olah otak mereka terhenti seketika.” kata xQc mempertahankan cara permainan Dota 2.

Blautoise pula tidak bersetuju dan mengatakan League of Legends adalah cukup susah dan Dota 2 adalah permainan video ‘sampah’.

“Itu adalah rekaan permainan yang sangat teruk. Seseorang itu akan memikirkan jika sesuatu adalah susah tidak bermakna ia lebih baik.” ujar Blautoise.

Pergaduhan mulut ini bertukar ke beberapa kenyataan yang kedua-dua mereka tidak mahu mengalah.

Akhirnya, perdebatan ini bertukar ke topik lain.

Ini yang selalunya terjadi apabila debat Dota 2 dan League of Legends berlaku.

 

RELATED NEWS

+