Yoko Taro & Taura Takahisa Dari PlatinumGames Bakal Berkunjung Ke Malaysia Di AniManGaki 2019

Berita baik kepada peminat siri role-playing game (RPG), NieR dan Drakengard! 

Dua pembangun tersohor dari PlatinumGames, Yoko Taro dan Taura Takahisa bakal menjadi tetamu jemputan khas pencipta game di AniManGaki 2019!

Yoko Taro merupakan orang penting dalam pembangunan siri NieR dan Drakengard. Kalau korang pernah nampak lelaki memakai topeng pelik berbentuk bulan, maka dialah pengarah NieR Automata dan punca kenapa konvesyen anime, comics and games (ACG) di seluruh dunia penuh dengan cosplayer 2B dan juga 9S.

Seterusnya, Taura Takahisa ialah pereka game PlatinumGames dan pengarah Astral Chain yang mana korang mengawal dua karakter sekaligus sebagai seorang pegawai polis bersama jelmaan dipanggil sebagai Legion dengan kebolehan berbeza-beza. Game aksi ini bakal dilancarkan pada 30 Ogos di Nintendo Switch.

Kepada korang yang teruja tentang NieR dan juga Astral Chain, jangan lepaskan peluang untuk bertemu mereka berdua di AniManGaki 2019 yang akan bermula pada 31 Ogos sehingga 1 September 2019 bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+