Square Enix telah mengumumkan bahawa permainan terbitan mereka NieR: Automata kini telah terjual 5.5 juta unit secara global sejak ia dilancarkan pada tahun 2017. Maklumat ini dikongsikan pada ulang tahun ke-4 permainan tersebut pada 23 Februari baru-baru ini.
本日2月23日で4周年を迎えた #ニーアオートマタ
世界累計出荷&ダウンロード販売本数が550万本を突破いたしました。4年間ご支援いただきありがとうございます。これからもよろしくお願いいたします。#NieR #ニーア pic.twitter.com/67NC5PYS3p— NieR公式PRアカウント (@NieR_JPN) February 23, 2021
Pada waktu ini, Square Enix masih belum mengumumkan apa-apa sekuel sedang dibangunkan. Permainan NieR seterusnya yang akan dilancarkan pada 24 April tahun ini ialah NieR: Replicant ver.1.22474487139… yang merupakan remake permainan NieR pertama.
Jika anda masih belum mencuba NieR: Automata, penulis mengesyorkan anda untuk mencubanya agar dapat menikmati sistem pertarungan yang hebat dan jalan cerita yang menarik. NieR: Automata boleh dimain di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.