ZTE melancarkan ZTE Blade A71, peranti mampu milik berharga RM499

Semalam pihak ZTE melancarkan sebuah peranti pintar mampu milik iaitu ZTE Blade A71 dengan tanda harga RM499 untuk pasaran Malaysia.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.52 inci dengan resolusi HD+, dijana dengan cip pemprosesan lapan teras bersama 3GB RAM dan 64GB storan dalaman. Selain, dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh yang disertakan teknologi jimat tenaga bagi memastikan jangka hayat bateri yang lebih lama. 

Bagi keupayaan kamera, ia dilengkapkan dengan sistem tiga kamera iaitu kamera utama 16MP f1.6, 8MP lensa lebar 120º, 2MP lensa kedalaman dan 8MP kamera hadapan. Kamera hadapan didatangkan dengan fungsi imbasan wajah.

Selain itu, Blade A71 juga dilengkapi NFC, pengimbas cap jari pada sisi peranti dan sokongan VoLTE serta didatangkan dengan warna biru.

ZTE Blade A71 boleh dipra-tempah dengan harga RM459 melalui kedai-kedai atas talian ZTE iaitu di Shopee dan Lazada

Bagi 100 pelanggan terawal yang melakukan pra-tempah di kedai-kedai ini (50 di setiap platform)  anda akan menerima pembesar suara Bluetooth secara percuma. Promosi ini akan berlangsung bermula 9 hingga 12 Oktober ini. 

TAGS

RELATED NEWS

+