ACS EDU Tour Musim 1 Peringkat Liga berakhir dengan penuh aksi

Musim pertama Pertandingan ACS EDU adalah antara pertandingan liga e-sukan di antara kolej dan universiti.

Mobile Legends Bang Bang menjadi pilihan untuk ACS EDU Tour dan membawa 12 pasukan daripada 6 universiti (Sunway University, Asia Pacific University, TAR UMT, Monash University, Taylor’s University dan UITM).

Tiga universiti berjaya ke peringkat seterusnya iaitu Sunway, APU, dan TAR UMT.

Liga ini juga berlangsung selama tiga minggu dari 27 Julai sehingga 17 Ogos lepas.

Setiap pasukan juga akan melawat setiap tempat lawan baharu untuk mendapatkan mata.

Pentas Akhir

Pentas akhir dibuat di TAR UMT di mana persembahan siaran langsung dibuat dari Kay (@kay.okaychannel), Shelly (@xhxiaohui), Jasmine (@jasminecjw) and Neko (@nekokohere) dari Day One Music, dan ahli penari pop te3n (@te3n.official).

Ini adalah senarai pemenang;

Juara:

UiTM All Stars

Kumpulan A:

Pertama – UiTM All Stars – Hadiah: RM700

Kedua – APU Hanoman – Hadiah: RM500

Ketiga – Sunway Esports Blaze – Hadiah: RM300

Kumpulan B:

UiTM Prodigy

Pertama – UiTM Prodigy – Hadiah: RM700

Kedua – APU Daddies – Hadiah: RM500

Ketika – Taylor’s Esports Club – Hadiah: RM300

Visi pertandingan ini adalah untuk memupuk ekosistem e-sukan kebangsaan untuk institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

Dua belas pasukan yang layak dari liga ini bakal berentai di pentas pertandingan pada 19 dan 20 Ogos ini di Paradigm Mall.

Pertandingan akan dibuat dengan sistem penyingkiran round-robin.

Lapan pasukan yang layak akan menyertai Upper Bracket dan 4 terbawah akan bertempur dalam format kalah mati.

Jumlah wang terkumpul adalah sebanyak RM10,000 ribu.

Kolaborasi dari pihak ZTE juga adalah salah satu tunjang penting untuk acara ACS EDU Tour.

Mereka juga membekalkan pemain dengan Nubia Neo 5G untuk digunakan ketika perlawanan.

ACS EDU Tour Musim 1 juga mengubah peraturan e-sukan kolej di Malaysia dengan membawa pemain-pemain pergi ke kolej berbeza-beza yang juga memberi pengalaman yang baharu seperti kelebihan tuan rumah dan kebolehsuaian apabila bermain di acara offline.

Jangan lupa untuk pergi menonton pusingan Championship 19 dan 20 Ogos ini di Paradigm Mall.

RELATED NEWS

+