Komen Ikuto berkenaan hero baru Mobile Legends, Luo Yi

Hero mage baru Mobile Legends, Luo Yi akan hadir esok secara percuma dan penulis mendapatkan komen dari pengulas tersohor, Radzi “Ikuto” Rahman berkenaan keupayaan hero ini. Jom baca lebih lanjut.

*Apabila kita ingin menilai sesuatu Hero dan keberkesanannya, kita boleh lihat dari tiga aspek berbeza. Ketahanan (survivability), Daya serangan (damage) dan Utiliti. Saya akan memberi point mengikut pendapat saya dari 1-10 – Ikuto*

 

Ketahanan (3/10)

Luo Yi tidak mempunyai sebarang cara yang kuat untuk melarikan diri, tiada dash, tiada blink dan hanya bergantung kepada Duality (pasif) untuk mendapatkan kelajuan selama 40% yang hilang segera dalam 1.2saat dan perisai yang mempunyai penskalaan dari segi level dan nisbah kekuatan magik yang boleh ditingkatkan sebanyak dua kali.

Tetapi, hanya boleh diaktifkan sekiranya anda berjaya menggunakan Yin dan seterusnya Yang. Juga hero ini tidak mempunyai sebarang CCC (Crowd Control Cancelling).
Oleh sebab itu saya memberikan ketahanan (survivability) untuk Luo Yi secara asasnya sebanyak 3/10.

 

Daya serangan (5/10)

Luo Yi hanya bergantung kepada Dispersion Yin/Yang dan Rotation Yang. Cooldown Rotation Yin/Yang adalah agak lama, 15-10 saat manakala Dispersion Yin/Yang adalah 1.2 saat sahaja tetapi mempunyai sistem ‘stack’ sama seperti Valir.

Saya bandingkan damage Dispersion Yin/Yang dengan Starmoon Shockwave (Chang’e) dan Starlight Pulse atau Chaos Assault (Lunox). Luo Yi, mempunyai damage yang ‘biasa’ tetapi cooldown yang sangat rendah (sistem ‘stack’) dan nisbah kekuatan magik yang paling rendah antara mereka bertiga.

Chang’e mempunyai damage tertinggi dengan nisbah kekuatan magik sebanyak 120%, tetapi cooldown adalah 8 saat. Lunox mempunyai damage yang hampir sama tinggi dengan Luo Yi, tetapi cooldown adalah dua saat.

Namun Lunox mempunyai skala yang lebih baik (110% untuk pulse, dan 120% untuk chaos) dan mempunyai kesan sampingan seperti cahaya, boleh menyembuhkan Lunox, manakala kegelapan menambahkan damage Lunox berdasarkan nyawa pihak lawan. Oleh yang demikian 5/10 untuk Luo Yi.

 

Utiliti (8/10)

Mungkin disinilah satu-satunya peluang untuk Luo Yi bersinar. Utiliti pegun yang agak mudah untuk digunakan dan mempunyai kawasan serangan yang agak besar. Yang paling penting pastinya adalah Diversion, iaitu kemahiran yang boleh digunakan untuk meletakkan posisi anda dengan lebih baik yang boleh membuka kepada pelbagai ruang (split push, pencurian Lord, Lord rush, surprise gank, escape mechanism).

Namun skill ini memerlukan 3 saat chanting, jadi ruang yang agak besar untuk pihak lawan melarikan diri. Mungkin ada beberapa eksperimen yang diperlukan, tetapinya sememangnya utiliti baru yang menarik.  8/10 untuk utiliti.

 

Sudut kompetitif (Tier B)

Secara kompetitifnya, saya tidak nampak lagi buat masa sekarang hero ini akan digunakan sebagai midlaner. Terutamanya dengan skala yang agak rendah dan kekuatan yang hanya bergantung kepada 2 skill sahaja.

Mungkin akan digunakan sebagai support damage seperti Pharsa, Valir, Chang’e yang lebih memfokuskan kepada mengggerakkan ahli pasukan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan juga utiliti untuk perlahankan pihak lawan dan pegun. 100% saya akan beli ice queen wand untuk Luo Yi kerana semua skillnya agak luas.

Selagi semua skala ini tidak diubah, saya akan meletakkan Luo Yi sebagai Hero di Tier B untuk peringkat kompetitif sehinggalah ada pasukan yang mampu untuk menggunakan utiliti Diversion dengan sebaik mungkin.

RELATED NEWS

+