Acer Predator League 2020/21 dalam talian, mempertandingkan PUBG dan Dota 2
2021-04-06T09:21:04
By: Hazril Md Nor

Acer Predator League 2020/21 dalam talian, mempertandingkan PUBG dan Dota 2

 

Kejohanan Asia Pacific Predator League 2020/21 kini bermula yang mana peringkat Grand Final diadakan dalam talian bermula hari ini hingga 11 April.

Ia dibahagikan kepada empat kejohanan, dua untuk Dota 2 dan dua untuk PUBG. 

Terdapat lima pasukan yang mewakili  Malaysia dalam kejohanan ini iaitu Boss Gold dan Battle Arena Elites untuk PUBG manakala Team Star, Team Galaxy Racer dan Team Mystery bertanding untuk Dota 2. 

Team Star yang dulunya dikenali sebagai Flower Gaming adalah juara bagi Predator League 2019 Malaysia Final.

Pasukan-pasukan ini ada yang layak untuk edisi yang sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu sebelum dibatalkan kerana COVID-19. Beberapa pasukan lain turut dijemput oleh pihak Acer.

Sebanyak AS$400,000 (RM1.65 juta) akan dipertandingkan untuk keseluruhan kejohanan ini.

Pemenang setiap kejohanan ini akan membawa pulang Perisai APAC Predator League dan produk terpilih daripada Predator.

Barisan pengulas.

Bersama-sama Predator League juga, Acer Malaysia sekarang sedang menawarkan sehingga RM1,300 diskaun bagi desktop gaming dan hadiah istimewa bernilai RM638 untuk gaming laptop serta RM500 pengurangan bagi Acerpure Cool pada RM799 (harga asal: RM1,299) di kedai Acer yang rasmi di Shopee dan Acer Store.

Layari laman rasmi Facebook Predator Gaming Malaysia, Instagram @PredatorGamingMy untuk info lanjut mengenai kejohanan ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
EVOS Legends mempunyai hero pool yang kecil? Ini jawapan Taxstump – Penganalisa EVOS Legends
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
Apa yang jadi Alter Ego? EVOS Legends kini di kedudukan pertama
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG