Dapatkan Subnautica Secara Percuma Di Epic Games Store

Game percuma yang pertama kini boleh didapatkan di Epic Games Store.

Epic Games Store adalah satu stor digital baru yang akan jadi saingan utama Steam dengan memberikan keuntungan sebanyak 88% kepada game developer

Antara salah satu promosi lain adalah Epic umum keluaran koleksi dua game percuma pada setiap 2 minggu. Game itu adalah Subnautica, sebuah game pengembaraan laut berbentuk survival open-world dibangunkan oleh Unknown Worlds Entertainment.

Korang boleh tebus Subnautica secara percuma untuk semua pemilik akaun Epic Games. Bagi yang telah ada Epic Games Launcher, korang boleh sambar dari situ juga.

Subnautica memberikan pengalaman menyelam jauh ke dasar laut dan pemain harus bijak melangsungkan hidup apabila berhadapan dengan raksasa laut aneh yang menakutkan. Game ini berjaya menggabungkan perasaan tenang melihat pelbagai spesies laut berenang dalam lautan biru tetapi dalam masa yang sama, korang rasa takut kepada makhluk yang tersembunyi di lautan dalam.

Subnautica adalah percuma untuk download bermula 15 Disember sehingga 28 Disember di Epic Games Store.

RELATED NEWS

+