Pencipta PUBG, KRAFTON umum hak pemilikan ke atas pembangun Subnautica, Unknown Worlds

Pembangun Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG), KRAFTON Inc mengumumkan hak pemilikan ke atas pencipta Subnautica, Unknown Worlds.

Lapor Gamingonphone, langkah itu dibuat berikutan pelan KRAFTON untuk melebarkan sayap dan melabur dalam pembangun yang dikenali untuk mencipta pengalaman bermain permainan video yang baru dalam industri.

Difahamkan, Unknown Worlds berkemahiran tinggi dan sangat passionate. Malah, pencapaian mereka dalam mencipta mod Half Life sangatlah dipuji ketika itu.

Kemahiran studio itu mencipta pengalaman permainan yang imersif dan menyeluruh pastinya membuatkan KRAFTON terbuka dengan idea untuk world-building yang lebih menarik di masa akan datang.

Sumber: Gamingonphone

RELATED NEWS

+