Jualan Game Steam Akan Dikenakan Cukai Atas Talian Bermula Pada Tahun 2020

Harap-harap ini tidak banyak sangat menambah harga game yang perlu dibayar di Steam.

Ketika berlangsungnya pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan servis atas talian akan dikenakan cukai bermula pada 1 Januari 2020.

Perkhidmatan atas talian ini termasuk perisian muzik, video atau sebarang pengiklanan digital seperti Netflix, Spotify dan Steam.

Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna online store, penyedia perkhidmatan asing perlu berdaftar dengan Jabatan Kastam. Jabatan Kastam akan mengenakan cukai perhidmatan berkaitan yang berkuatkuasa pada tahun 2020.

Langkah percukaian ini akan menyeimbangkan persaingan peruncit kedai dan kedai atas talian terutamanya kepada kedai yang dimiliki oleh syarikat luar negara.

Buat masa sekarang, kadar cukai perkhidmatan atas talian masih lagi dalam perbincangan dan akan diumumkan kelak.

TAGS

RELATED NEWS

+