MidOne bersama Red Bull OG sumbang AS$100,000 kepada perbadanan amal melawan COVID-19
2020-05-20T06:14:46
By: Burhanudin Zamri

MidOne bersama Red Bull OG sumbang AS$100,000 kepada perbadanan amal melawan COVID-19

 

Baru-baru, kejohanan amal Gamers Without Borders 2020 telah berlangsung di mana permainan video seperti DOTA 2, Tom Clancy’s Rainbow Six Siege, dan Fortnite dipertandingkan oleh pasukan-pasukan profesional dari seluruh dunia.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan DOTA 2 ialah Red Bull OG yang dianggotai pemain dari Malaysia iaitu Yeik “MidOne” Nai Zheng. Beliau dan pasukannya telah menyumbang US$100,000 (RM435,000) kepada perbadanan amal International Medical Corps.

Kejohanan Gamers Without Borders 2020 diadakan dengan tujuan membahagikan hadiah kemenangan US$10 juta kepada perbadanan amal yang berusaha melawan COVID-19.

Para pemenang kejohanan tersebut diberi hak untuk memilih perbadanan amal yang menerima hadiah kemenangan mereka. Perjalanan pasukan Red Bull OG di kejohanan berakhir di pusingan semi-finals dan mereka memenangi jumlah yang dinyatakan di atas. Mereka telah tewas kepada pasukan Natus Vincere di pusingan tersebut.

Team Secret muncul sebagai johan DOTA 2 dan mereka memenangi US$750,000 (RM3.2 juta). Jumlah tersebut dibahagikan sama rata kepada dua perbadanan amal iaitu Gavi, The Vaccine Alliance dan The International Red Cross and Red Crescent Movement.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Pembentangan digital Devolver Direct akan berlangsung pada 12 Julai
3 days ago
Pelancaran Crysis Remastered ditangguh
4 days ago
Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai
4 days ago
Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan
5 days ago
Monster Hunter World: Iceborne Title Update 4 akan dilancarkan pada 9 Julai
5 days ago
Crysis Remastered akan dilancarkan pada 23 Julai tahun ini