Modifikasi multi-pemain diperkenalkan untuk Sekiro: Shadows Die Twice di PC
2020-05-06T03:18:04
By: Burhanudin Zamri

Modifikasi multi-pemain diperkenalkan untuk Sekiro: Shadows Die Twice di PC

 

Dalam banyak-banyak judul yang telah dibangunkan oleh From Software, hanya Sekiro: Shadows Die Twice tidak mempunyai mod multi-pemain untuk para pemain membantu sesama masing-masing atau bertarung. Perkara tersebut telah berubah tetapi hanya di PC.

Seorang pembangun mod bernama LukeYui telah melancarkan mod Sekiro Online. Ia membenarkan pemain PC Sekiro untuk bermain bersama-sama melalui sambungan dalam talian peer-to-peer (P2P).

Jika anda muat turun mod ini, anda boleh bermain secara co-op bersama seorang rakan atau bertarung dengan rakan tersebut. Walaubagaimanapun, jangan harapkan mod ini akan berfungsi dengan lancar kerana ia hanya penambahan tidak rasmi.

Mod multi-pemain ini dihadkan mengikut kawasan. Oleh itu, anda perlu menyambung semula sambungan dalam talian setiap kali memasuki kawasan baharu.

Anda boleh muat turun mod tersebut di Nexus Mods.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Todak Apprentice – pasukan perintis bercita-cita tinggi
4 days ago
RuneScape boleh dimain melalui Steam bermula pada 14 Oktober
4 days ago
Adidas akan mengeluarkan kasut Cyberpunk 2077
4 days ago
Football Manager 2021 akan dilancarkan untuk PC pada 24 November
5 days ago
Dapatkan kupon $10 di EGS dengan memuat turun Rocket League secara percuma
5 days ago
BLACKPINK in your area! Kolaborasi bersama PUBG Mobile bermula hari ini