MPLI: Kenapa Xray dan Stoo tak bertanding? Ini jawapan pengurus Todak, Ashi
2020-12-02T03:46:08
By: Hazril Md Nor

MPLI: Kenapa Xray dan Stoo tak bertanding? Ini jawapan pengurus Todak, Ashi

 

Sebelum ini penulis laporkan yang Todak akan bertanding di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) dengan ketiadaan dua pemain senior, Xray dan Stoo.

Ramai yang tertanya-tanya terutamanya ke mana Xray pergi sedangkan beliau adalah pemain utama di MPL MYSG Musim Keenam lalu.

“Disebabkan slot MPLI terhad kepada enam ahli, kami memutuskan untuk merehatkan Stoo dan Xray sebagai pemain,” jawab Pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi, ringkas.

“Mereka akan digantikan dengan Vins dan Momo dari Todak Apprentice. Kedua mereka ini adalah untuk menunjukkan mereka mampu bersaing di pentas hebat seperti MPLI.

“Inilah tujuan awal kenapa kami menubuhkan Todak Apprentice. Kami sasarkan pemain-pemain dari pasukan ini untuk diberi pendedahan dan pengalaman berentap di kejohanan peringkat tertinggi,” tambah Ashi.

Umum tahu dengan tahap kesukaran di MPLI yang jauh lebih sukar berbanding MPL MYSG, Todak realistik mahu menjadi juara dan ingin buktikan yang terbaik. 

Ketika ditanya pasukan mana yang paling ingin dilawan, Todak memilih RRQ bagi menimba cukup ilmu dalam arena profesional MLBB.

Pemain Todak untuk MPLI:

  • Idreen Abdul Jamal (Momo)
  • Muhammad Nazreen Nasir (Vins)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Eone)
  • Muhammad Danial Mohd Fuad (Ciku) 
  • Zikry Shamsuddin (Moon)
  • Wan Usman Wan Imran (4Meyz)

MPLI akan kembali pada Sabtu dan Ahad ini yang mana Todak adalah satu-satunya wakil Malaysia yang tinggal selepas Orange Louvre Esports tersingkir di tangan EVOS SG, minggu lalu.

MPLI mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
VALORANT Episode 2 Act II memperkenalkan Agent baharu Astra
2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
3 days ago
Malaysia naib juara di FIFA eClub World Cup 2021, tahniah diucapkan!
3 days ago
MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha tundukkan EVOS Legends, 2-1
5 days ago
Permainan battle royale Final Fantasy VII: The First Soldier diumumkan