Permainan James Bond baharu sedang dibangunkan oleh pembangun siri Hitman
2020-11-20T02:47:29
By: Burhanudin Zamri

Permainan James Bond baharu sedang dibangunkan oleh pembangun siri Hitman

 

Studio di sebalik siri permainan Hitman, IO Interactive, kini telah mendedahkan projek terbaru mereka iaitu Project 007. Jelas sekali mereka akan membangunkan sebuah permainan James Bond baharu yang menggunakan enjin Glacier, enjin sama yang digunakan dalam permainan-permainan mereka yang lain.

Permainan ini akan mempersembahkan sebuah jalan cerita baharu yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini dalam francais James Bond. Para pemain akan bermain sebagai watak tersebut sebelum dia mendapat gelaran 007 dan mendalami perjalanannya menjadi seorang perisik hebat.

Pada waktu ini, pembangunan permainan ini berada fasal awal dan IO Interactive sedang mencari tenaga kerja dari seluruh dunia untuk menyertai mereka dalam menjayakan projek ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
MPLI: Alter Ego akan bertemu RRQ Hoshi pada suku akhir, El Clasico sekali lagi!
2 days ago
PMGC: Pasukan BTR garang, raih WWCD 2 kali
3 days ago
Geek Fam bersedia hadapi Grand Final Free Fire Continental Series Asia esok
3 days ago
PMGC: Team Secret berjaya raih WWCD di peta Miramar
3 days ago
PMGC: Pasukan 4am mengganas di peta Erangel
4 days ago
PlayStation 5 merekodkan pelancaran terbesar dalam sejarah PlayStation, kata Sony