Permainan percuma PS Plus Februari 2021 kini boleh dimuat turun

Bukan dua, bukan tiga, tapi lima permainan percuma PlayStation Plus (PS Plus) untuk bulan Februari 2021 kini boleh ditebus dan dimuat turun oleh pelanggan perkhidmatan tersebut. Sama seperti bulan lepas, terdapat permainan yang hanya boleh dimain di PlayStation 5 (PS5).

Jangan risau, pemilik PlayStation 4 (PS4) juga menerima beberapa permainan yang hebat.

Lima permainan yang boleh ditebus pada bulan ini adalah Destruction AllStars (PS5), Control: Ultimate Edition (PS5), Bloodstained: Ritual of the Night, Biped, dan Conrete Genie. Pemilik PS5 boleh menebus dan main kesemua permainan-permainan ini.

Beberapa pemain telah menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan perbezaan permainan-permainan yang diberi oleh PlayStation Asia dan PlayStation di kawasan-kawasan lain. Hal ini demikian kerana pelanggan PS Plus di kawasan lain menerima Control: Ultimate Edition untuk PS5 dan juga PS4.

Nampaknya PlayStation Asia memberikan Bloodstained: Ritual of the Night (permainan genre Metroidvania yang mendapat banyak pujian) sebagai pujukan untuk pelanggan PS Plus di Asia.

Destruction AllStars boleh ditebus sehingga 5 April tahun ini dan permainan-permainan lain boleh ditebus sehingga 1 Mac ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menebus semua permainan-permainan hebat ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+