Re:Legend Bakal Mengetengahkan Rumah Panjang, Bunga Rafflesia & Pelbagai Budaya Malaysia

Negara Malaysia terkenal dengan alam flora dan fauna serta masyarakat yang berbilang kaum menghasilkan pelbagai campuran makanan, rekacipta dan hasil seni yang lain daripada yang lain.

Kepelbagaian budaya tempatan ini bakal diterjemah masuk ke dalam Re:Legend iaitu game berbentuk role-playing game (RPG) yang dibangunkan oleh studio tempatan, Magnus Games Studio.

Pengasas bersama, Dong Chee Gan atau mesra dipanggil DC Gan berkata, “Malaysia ini indah dalam pelbagai aspek antaranya budaya kita. Jika anda lihat (gambar di atas), kita ada layang-layang Wau, alat-alat muzik, bunga raya, bunga kebangsaan kita iaitu bunga pakma (Rafflesia), rumah Baruk dan rumah panjang serta ketua kampung yang akan hadir dalam game kami.”

“Apa yang paling penting adalah makanan dan saya sahkan nasi lemak akan disertakan dalam game kami,” ujar DC yang mendapat inspirasi kemasukan makanan tempatan dalam Final Fantasy XV yang pernah diketengahkan oleh bekas pereka game Square Enix kelahiran Malaysia, Wan Hazmer yang kini tampil studio tempatan Metronomik dengan game No Straight Roads. .

Menurut DC, beliau berharap suntikan budaya tempatan ke dalam game ini dapat mendedahkan kepada pemain untuk lihat betapa indahnya Malaysia dari segi masyarakat dan juga budayanya. 

Selain itu, DC turut kongsikan cabaran dan kejayaan Re:Legend sepanjang tempoh pembangunan. Antaranya adalah studio mereka dipecah masuk yang menyebabkan kehilangan peralatan komputer, mempamerkan demo game dalam konvesyen game di seluruh dunia dan memeterai perjanjian penerbitan bersama 505 Games iaitu anak syarikat milik Itali, Digital Bros.

Dari kiri: Pengasas bersama Magnus Games Studio, DC Gan, CEO MDEC, Surina Shukri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, pengasas bersama Magnus Games Studio, Welson Gan, Pengurus Besar Asia Pasifik 505 Games, Thomas Rosenthal dan Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif MDEC, Hasnul Hadi Samsudin melancarkan Re:Legend secara global

Game yang mendapat dana kutipan Kickstarter tertinggi di rantau Asia Tenggara dilancarkan secara global dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo dan Pengurus Besar Asia Pasifik 505 Games, Thomas Rosenthal semasa di persidangan rasmi Level Up KL 2019 baru-baru ini.

Re:Legend bakal hadir di PC (Steam) dalam bentuk Early Access pada 30 Ogos 2019. Magnus Games Studio masih lagi tiada pengumuman untuk tarikh rasmi bagi PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Saksikan trailer terbaru Re:Legend yang menyajikan apa pemain bakal dapat bermain pada hujung bulan ini:

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Kredit gambar utama: The Star

RELATED NEWS

+