Steam Capai 20 Juta Pengguna, Bilangan Tertinggi Dalam Sejarah
2020-03-16T02:54:38
By: Burhanudin Zamri

Steam Capai 20 Juta Pengguna, Bilangan Tertinggi Dalam Sejarah

 

Banyak perniagaan dan acara-acara sedang mengalami kerugian dan penangguhan akibat wabak COVID-19. Walaubagaimanapun, ada juga syarikat yang masih membuat untung terutamanya dalam industri permainan video.

Menurut Steam Database, Steam mencatat sejarah pada 15 Mac 2020 apabila ia mencapai 20 juta pengguna serentak (concurrent users). Ini merupakan jumlah pengguna serentak yang tertinggi dalam sejarah Steam.

Peningkatan jumlah pemain mendadak naik bagi beberapa permainan video multi-pemain yang popular. DOTA 2 mencatatkan 700,000 pemain serentak pada hari yang sama. Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) pula mencatatkan lebih daripada 1 juta pemain serentak, sekali lagi memecahkan rekod jumlah pemain semasa CS:GO.

Ini menunjukkan sikap berjaga-jaga terhadap wabak COVID-19 telah mendorong ramai orang untuk duduk di rumah dan menghabiskan masa bermain permainan video. Satu tindakan yang bijak!

Jika anda juga ingin menyertai mereka dan berseronok di alam maya sambil menjaga kesihatan diri, baca artikel kami yang menyenaraikan 10 permainan video percuma yang best untuk anda main di rumah.

Sumber: Steam Database

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Project Cars 3 diumumkan, akan dilancarkan di PC, PS4, dan Xbox One
3 days ago
Iklan dipanjangkan The Last of Us Part II kini boleh ditonton di YouTube
3 days ago
Promosi Days of Play tawarkan PS4 Mega Pack pada harga RM1,099 serta banyak lagi diskaun hebat
4 days ago
Manchester City lancar Man City FIFA 20 Cup, terbuka untuk Singapura sahaja
4 days ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020
4 days ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama