The Last Of Us Part II Ditunda Sekali Lagi
2020-04-03T01:42:22
By: Burhanudin Zamri

The Last Of Us Part II Ditunda Sekali Lagi

 

Antara permainan video PlayStation 4 (PS4) yang paling dinanti-nantikan tahun ini ialah The Last of Us Part II yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 29 Mei 2020. Malangnya, tarikh pelancaran tersebut telah ditunda.

Naughty Dog, studio pembangun The Last of Us Part II, mengumumkan berita tersebut pagi tadi melalui Twitter. Mereka menyatakan penangguhan ini berlaku kerana masalah logistik yang akan menjejaskan pelancaran judul tersebut.

“Berita baik di sini ialah kami hampir selesai membangunkan The Last of Us Part II. Kami sedang memperbaiki pepijat-pepijat terakhir (final bugs),” kata studio tersebut.

Jelas sekali masalah ini tertimbul akibat krisis COVID-19 yang kini melanda dunia. Pada waktu ini, terdapat lebih daripada 740,000 penghidap COVID-19 di seluruh dunia. Di California, Amerika Syarikat (lokasi studio Naughty Dog), terdapat lebih daripada 10,000 kes COVID-19.

Satu lagi permainan video PS4 yang ditunda ialah Marvel’s Iron Man VR. Berita ini diumumkan pada waktu yang sama oleh Sony dan nampaknya ia berpunca daripada isu logistik yang sama.

Ini merupakan kali kedua The Last of Us Part II ditunda. Pada penghujung tahun lepas, Naughty Dog mengumumkan bahawa pelancaran judul tersebut ditunda ke 29 Mei 2020 dari tarikh pelancaran asal iaitu 21 Februari 2020.

Kedua-dua permainan video di atas tidak diberikan tarikh pelancaran baru. Ada kemungkinan The Last of Us Part II akan ditunda sehingga hujung tahun 2020 kerana ia bergantung kepada situasi yang COVID-19 yang semakin teruk di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Inilah penampilan bekas cakera permainan video PS5
3 days ago
Ninja mula stream di Youtube selepas Mixer ditutup
3 days ago
Vampire: The Masqureade – Swansong akan dilancarkan pada tahun depan
4 days ago
Permainan seram The Dark Pictures Anthology: Little Hope akan dilancarkan pada 30 Oktober
4 days ago
Warhammer: Chaosbane akan dilancarkan di PS5 dan Xbox Series X
4 days ago
WWE 2K Battlegrounds akan dilancarkan pada 18 September