Dua hari lepas, pelayan (server) FIFA Online 3 di Malaysia akhirnya ditutup apabila pembangun tidak lagi dapat menyokong pembangunan permainan bola sepak di PC itu.
Sejak tujuh tahun yang lalu, permainan ini telah melahirkan ramai bakat yang berjaya di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
Penulis mendapatkan beberapa pemain profesional dan ahli komuniti yang terlibat untuk memberikan ucapan terakhir buat permainan FIFA Online 3.
Aiman Roshizam (Sekaiichi)
“Saya datang ke medan e-sukan menerusi FIFA Online 3 pada 2014, Alhamdulillah dapat berjumpa komuniti dan rakan-rakan yang awesome dan sporting belaka.
“Ramai yang bermain secara kasual bersama rakan-rakan di kafe siber dan ramai di antara kami juga yang menjelajah seluruh negara (ada yang dapat ke stadium-stadium terkemuka dunia) kerana permainan ini.
“Secara peribadi, permainan ini mengubah hidup saya. Dari seorang yang bergelut sehinggalah dapat merasa kehidupan seorang pemain semi-profesional dan dapat menceburi bidang pengulasan, yang saya masih lakukan sehingga ke hari ini. Game ini mengubah hidup ramai orang, tak kira pemain, pengulas, pengurus, pengadil, ada juga yang sudah menjadi bos!
“Permainan ini akan menjadi kenangan terindah zaman remaja saya. Momen bersama komuniti yang sama-sama menaikkan FO3 takkan dilupakan,” katanya.
Ryan Kan (NiamaGa1)
“Dua hari lepas adalah hari terakhir FIFA Online 3, satu permainan yang benar-benar mengubah hidup saya. Seperti kami (pemain) sudah pun jangka, ia akan berakhir (ditutup) kerana sejak 2018, tiada kemaskini baru dikeluarkan.
“Sebagai peminat tegar, ia satu berita cukup menyedihkan dan juga buat pemain lain yang sudah meletakkan banyak komitmen sebelum ini walaupun kami tidak lagi bermain (sejak tiada kemaskini).
Senza ricetta medica, che cos’è la pillola grintofarmacia.com del sabato sera. Reperibile anche nelle parafarmacie, molti uomini lo preferiscono a lui per una serie di caratteristiche vantaggiose e anche se alcuni di questi farmaci possono interagire con altri farmaci.
“Sebagai pemain profesional, saya meletakkan masa 10 jam sehari berlatih untuk memastikan prestasi sentiasa konsisten dan boleh menjuarai setiap pertandingan. Mungkin tuah berpihak kepada saya, ia membuahkan hasil.
“Sepanjang 2017 hingga 2018, saya berjaya memenangi hampir 10 kejohanan dengan hadiah terkumpul RM80,000. 10 jam sehari mungkin keterlaluan untuk kebanyakan orang tapi tidak bagi saya kerana cinta dan minat terhadap permainan ini.
“Saya nikmati setiap sesi dan masa yang diluangkan terhadap permainan ini. Malahan, terdapat ramai pesaing di luar sana jadi untuk terus mengejar kemenangan, tiada masa untuk rehat. Hanya berlatih dan terus berlatih.
“Ada beberapa sebab kenapa ramai pemain menyukai permainan ini dan mencuba nasib di arena profesional. Pertama sekali, ketika zaman kegemilangan FO3, kejohanan dilakukan setiap minggu tanpa henti jadi pemain mempunyai peluang membuktikan kebolehan mereka dan hadiah terkumpul juga memadai dan tinggi habuannya.
“Bagi saya, FO3 telah mengubah landskap hidup saya dengan kenangan manis yang akan kekal selamanya dan mematangkan hidup saya. Sepanjang bermain secara profesional, saya banyak belajar erti kerjasama, kemahiran komunikasi, dedikasi, keazaman dan perasaan saya tak dapat gambarkan.
“Apabila permainan ini berakhir, baru saya tahu game ini adalah sangat penting dalam hidup saya. Saya rasa sangat beremosi, banyak memori bermain di minda (bukan saja tidak dapat lagi bermain game ini tapi keunikan dan mutu permainan ini yang turut hilang sama).
“Akhir sekali, saya rasa beryukur mempunyai peluang untuk terlibat dalam permainan ini. Terima kasih untuk segala kenangan, rakan-rakan yang kini menjadi sahabat baik.
“Permainan ini memberikan saya rezeki yang membuatkan saya rasa bersyukur dan lebih matang dalam hidup. Terima kasih atas peluang dan kembara mencabar ini. Terima kasih untuk segalanya, FIFA Online 3,” katanya.
Muhammad Faiz Hariry (Favlain)
“Pengalaman yang saya tak dapat lupakan sudah tentunya sewaktu mewakili negara dalam kejohanan EACC di Shanghai dan mendapat tempat ketiga. Kejohanan itu banyak memberikan pendedahan e-sukan yang sebenar seperti bertanding bersama pasukan luar negara dan gaya permainan berlainan.
“Saya juga menghargai kenangan bersama ahli pasukan Orange Royal Flush Maestro. Banyak kenangan manis bersama mereka yang pada akhirnya saya dapat menjulang trofi National Championship musim keenam dan ketujuh,” katanya.
Muhammad Shahrizan (KaiZokuuu)
“Pada mulanya bila dapat tahu FO3 akan tutup, memang agak sedih lah sebab game ni dah cipta banyak kenangan untuk saya.
“Pengalaman menarik, pada tahun 2015 tak silap, masa tu Shah baru 15tahun and sanggup pergi ke Penang untuk menyaksikan acara Kaki Bola National Championship (KNC) Season 1 masa tu kerana terlalu minat untuk mengetahui lebih mendalam pasal FO3.
“Selepas acara itu tamat, Hasan (Old) mengajak saya untuk sertai RF which is TeamRoyalFlush, agak teruja ketika itu sebab RF tu “nama” yang besar dalam FO3.
“Kenangan paling manis semestinya apabila saya dapat mewakili Malaysia untuk ke EA Champions Cup buat kali terakhir. Memang tak sangka dapat wakil Malaysia. Selebihnya mungkin boleh saya katakan, game ni lah permulaan segalanya bagi diri saya. Tanpa game ni saya tak jumpa kawan-kawan yang saya ada sekarang ni, tanpa FO3, karier saya tak wujud dalam e-sukan. Terima kasih banyak-banyak Fifa Online 3,” katanya.
Gan Mun Kiat (Darren Gan)
“FIFA Online 3 memberikan saya banyak peluang untuk meneroka perkara baru yang saya belum pernah buat contohnya macam mengembara ke negeri dan negara lain untuk bertanding dan berkenalan dengan orang baru.
“Tak dilupakan saya berjumpa dengan cinta hati sekarang kerana permainan ini juga. Ia betul-betul mengubah hidup saya dan saya banyak melakar kenangan manis sepanjang bermain permainan ini.
“Memang sedih bila dengar berita FO3 ditutup. Seharapnya pelayan FO4 akan dibuka di Malaysia dan kami semua (pemain-pemain FO3) dapat reunion kembali dalam versi baru ini,” katanya.
Wan Muhammad Hakimm (P3rlis TeAm Jr)
“Kenangan paling manis adalah penyertaan National Championship musim ketujuh dapat all kill dan juara bertahan yang tak dapat dilupakan. Saya juga sentiasa teringatkan momen dapat mewakili Malaysia ke Korea dan Vietnam.
“Seharapnya server FIFA Online 4 dapat dibuka di sini kerana komuniti di Malaysia ramai juga yang menyokong permainan FIFA di PC,” katanya.
Muhammad Azim Hakim Harun (zFeedMeMore)
“Saya main FIFA Online 3 pada tahun 2014. Masa itu sekadar suka-suka main di kafe siber di Desa Pandan. Di sinilah saya berkenalan dengan ramai lagi pemain berbakat FIFA Online 3 yang lain. Malah ada pemain yang pernah bekerja di kafe siber ini dulu.
“Pada tahun 2016 pula, saya diberi peluang untuk ke Jambatan Stamford di London untuk menyaksikan perlawanan secara langsung kelab kegemaran saya iaitu Chelsea.
“Bercerita pasal kenangan manis pula, apabila dapat mewakili negara dan bawa Jalur Gemilang di kejohanan EA Champions Cup di Shanghai, China bersama kawan baik saya iaitu RippedJean (Darren), Jok3r (Aaron) dan Jaron Lim.
“Buat pertama kali saya wakil Malaysia dan bermain di hadapan ribuan manusia memang la nervous! Perlawanan saya dengan negara China paling tak boleh lupakan kerana menang 4-0. Bukan senang mahu 4 gol dengan pasukan The Great Wall of China tau!.
“Game FO3 ni banyak mengubah semua hidup pemain. Dari pemain kasual sampailah dapat menjadi pemain profesional untuk pasukan Royal Flush, Redsea Esports, Mineski Infinity dan Fire Dragoon. Memang takkan dapat lupakan game ni yang dah berikan banyak kenangan menarik buat saya,” katanya.
Aaron Gomez (Jok3r)
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Garena kerana memberikan platform untuk saya menunjukkan bakat yang tak pernah saya terfikir ada. Dari awal (peringkat beta), saya bermain dengan beberapa orang rakan. Pada satu hari kami menyertai kejohanan 3 lawan 3 untuk melihat kemampuan kami dan mendapat tempat ketiga.
“Saat itu semuanya berubah apabila saya bertemu Armistice lim (Ah Ping). Beliau adalah pengurus Happy Green Internet Cafe dan mempelawa kami menyertai pasukannya. Beliau merupakan sebab utama saya mengejar impian dalam gaming. Jadi sejak itu saya hanya fikir untuk mewakili negara kerana pada masa itu ia agak mustahil sebab ramai pemain berbakat dalam komuniti FO3.
“Terima kasih kepada galakan dan sokongan rakan-rakan, pasukan kami berjaya untuk realisasikan impian ini (mewakili negara) pada 2016. Memang ada tangisan, kecewa dan perasaan bercampur baur sebelum berjaya tapi ia semua berbaloi.
“Pada 2016, saya berjaya menjadi wakil Malaysia ke SEA Championship di Vietnam. Saya tewas dengan penalty shootout di suku akhir. Memang sedih dan rasa down kerana saya rasa dah kecewakan ahli pasukan saya tapi disebabkan ada rakan-rakan yang bantu beri semangat dan sokongan untuk saya laluinya.
“Pada 2017, saya berjaya ke EACC Summer di China bersama Ajim Hakim, Darren Gan dan Jaron Lim. Ia adalah kemuncak karier saya kerana saya menjadi co-captain di samping Darren. Kejohanan itu merangkumi pemain dari serata Asia dan pemain hebat FIFA dari Eropah. Kami berjaya bermain sebagai pasukan namun tewas awal. Walaupun saya tak punya kejayaan yang besar di peringkat antarabangsa tapi saya bersyukur dengan pengalaman dan pengajaran dari kembara ini.
“Walaupun kini saya bekerja dan tidak lagi memfokuskan pada karier dalam permainan video, saya sedikit pun tak menyesal kerana mengejar impian. Pertamanya, saya belajar disiplin adalah sangat penting untuk mendapatkan sesuatu. Dan satu lagi kena seimbang dengan mempunyai jadual dan membahagikan masa sebagai pemain game sepenuh masa.
“Pengalaman sebagai atlet e-sukan mengajar saya untuk mengawal tekanan dan bekerja dalam suasana kompetitif. Bagi mereka yang ingin mengejar impian, jangan mengaku kalah. Ia mengambil masa tapi saya boleh katakan perjalanan itu nyata berbaloi tak kira anda berjaya atau tak,” katanya.
Syed Nazirul Nazrin (bekas Ketua Bahagian Acara, FIFA Online 3 Garena Malaysia)
“Semenjak FO3 dilancarkan pada 2013, para pemain dan ahli komuniti tidak putus-putus memberikan sokongan kepada semua acara dan inisiatif yang dijalankan.
“Terima kasih kepada semua pemain atas sokongan selama ini,” katanya.