Ramalan dropspot bagi Grand Final Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris

Kawasan mendarat menjadi faktor paling penting dalam komposisi sesebuah pasukan dalam melengkapkan kelengkapan untuk bersaing dalam peta tertentu. Berikut adalah ramalan kawasan mendarat berdasarkan analisis data yang sudah dikumpul. 

Lokasi kawasan mendarat ini boleh berubah mengikut perubahan percaturan pasukan dan pengaruh laluan penerbangan dalam permainan. 

BERMUDA

   

Analisis setakat peringkat liga FFCS musim kedua, menampakkan hanya empat pasukan yang mengekalkan peratusan tertinggi bagi kawasan mendarat di peta Bermuda.

  • Geek Fam di Clock Tower (100%)
  • Farang di Mill (100%)
  • Axis Esports di Peak (100%)
  • EWG di Sentosa (100%)

Pasukan Filipina, Anxiety mempertaruhkan kawasan zon biru kerana tidak mempunyai kawasan mendarat yang tertentu yang menyaksikan pasukan itu meletakkan risiko sekiranya bertemu pasukan yang tinggi komposisi pasukan di awal permainan. 

K9 Esports juga mempunyai peratusan yang tinggi (62.5%) untuk memilih Mill sebagai kawasan mendarat. Namun, pasukan itu bakal menerima persaingan yang sengit kerana dijangka bertemu wakil MCP pada Siri Dunia lepas, Farang Esports.

KALAHARI

Di peta Kalahari, seakan pertemuan timbal balik di kawasan Bayfront antara ORV Esports dan Axis Esports akan berlaku. ORV Esports tampak yakin untuk mencabar koordinasi Axis Esports yang mengekalkan Bayfront peratusan (100%) sebagai dominan kawasan itu.

Pertemuan Todak dan K9 Esports di The Maze mempunyai kebarangkalian yang rendah. Hal ini kerana K9 Esports lebih cenderung menukar kawasan mendarat ke arah Foundation dan Mammoth sekiranya kurang yakin terhadap komposisi pasukan.

PURGATORY

Axis Esports dan WatchNLearn mungkin akan mengekalkan Brasilia sebagai medan pertarungan kerana mengikut data kedua-dua pasukan ini mempunyai kadar peratusan tertinggi untuk mendarat di kawasan ini. 

ORV Esports dijangka mengambil langkah selamat ke Moathouse selepas kawasan ini dimonopoli pasukan dari Kemboja dan Sri Lanka sebelum ini.

Seakan episod musim lepas berulang, Geek Fam dan Todak hanya bersebelahan iaitu di Central dan Fire Brigade. Drama ‘langgar’ koordinasi diramal berlaku bergantung kepada suasana dalam permainan itu sendiri. 

ALPINE

Peta Alpine adalah peta baharu yang dimasukkan dalam kejohanan kali ini kerana MCP Majors musim keempat akan menggunakan peta ini.

Berikut adalah kebarangkalian bagi setiap pasukan memilih kawasan yang diramal:

  • Geek Fam- Forest Red (62.5%)
  • Farang- Snowfall (100%)
  • Anxiety- Basecamp (50%)
  • Axis Esports- River Mouth (87.5%)
  • Todak- Docks (25%)
  • EWG- Vantage (37.5%)
  • K9 Esports- Railroad (87.5%)
  • Bloody Head- Blue Ville (75%)
  • Noxscape- Fusion (100%)
  • Watchnlearn- Stadium (37.5%)
  • Orange Esports- Garrison (87.5%)
  • ORV Esports- Militia (37.5%)

Sebanyak 12 pasukan teratas peringkat liga akan berentap bagi merebut kejuaraan FFCS musim kedua ini dan merebut slot automatik ke Kejohanan Majors MCP musim keempat.

Peringkat Grand Final Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua akan diadakan dua hari bermula 30 hingga 31 Julai, jam 1PM. Aksi perlawanan akan disiarkan secara langsung di Facebook dan Youtube rasmi Garena Free Fire. 

RELATED NEWS

+