Saksikan Semua Video Trailer Baru Di Persidangan EA Play 2018

EA mempamerkan beberapa trailer menarik bagi permainan video yang sedang dibangunkan termasuklah beberapa trailer untuk Anthem dan Unravel 2. Kalau korang tak sempat usha persidangan penuh EA Play semalam, jangan risau, kami senaraikan kesemua trailer ditunjukkan!

ANTHEM

Trailer Anthem ini memfokuskan pada ribut petir yang melenyapkan peradaban manusia. Anthem sajalah yang tinggal, menurut karakter dalam permainan itu sementara mereka menewaskan makhluk seakan alien yang begitu besar. Dalam dunia yang belum disiapkan oleh dewa-dewa, manusia bergelut untuk terus hidup dalam persekitaran begitu teruk. Dilengkapkan dengan sut Javelin, Freelancers berganding bahu untuk memberi nafas baru kepada manusia sejagat, sekali lagi.

COMMAND AND CONQUER: RIVALS

Permainan ini adalah RTS ditambah dengan elemen PvP yang dilihat seakan Clash Royale. Bagi peminat permainan di peranti pintar, game ini pastinya membuatkan korang ingin mencuba entri terbaru daripada EA

SEA OF SOLITUDE

Mengisahkan kesedihan dan kesunyian, saksikan bagaimana seorang karakter berdepan dengan kemelut dalam dirinya dan menjadi seorang raksasa.

UNRAVEL 2

Unravel 2 mungkin dikatakan dipamerkan kerana kejayaan A Way Out daripada EA. Kali ini, ia kembali dan nampaknya sekuel ini meminjam elemen daripada permainan asal pada 2016 tapi ditambah baik dengan mod co-op.

FIFA 2019

Permainan bola sepak digital memaparkan Christiano Ronaldo sekali lagi sebagai cover art ini juga mempunyai lesen UEFA Champions League. Bagi peminat FIFA, ini adalah penantian sekian lama dan hadiah besar untuk korang!

MADDEN NFL 19

Ia adalah entri terbaru daripada siri MADDEN NFL yang ditambah baik berbanding tahun lepas.

NBA LIVE 19

NBA Live 19 mengikuti kemenangan Golden State Warrior 4-0 ke atas Cleveland Cavaliers dan menggapai satu lagi trofi untuk tahun seterusnya. 

ORIGIN ACCESS PREMIERE

Satu servis langganan buat #PCMasterRace yang diumumkan di persidangan EA Play. Nak tahu lebih lanjut? Klik aja trailer di atas.

BATTLEFIELD 5 MULTIPLAYER

Macam biasa, Battlefield V mempamerkan mod multi-pemain dan di bawah adalah trailer daripada NVIDIA yang menunjukkan gameplay mod Grand Operations.

Jadi trailer mana yang jadi favorite korang semua?

RELATED NEWS

+