Studio baru EA bakal diterajui oleh Kevin Stephens, bekas Naib Presiden Monolith

Electronics Arts (EA) hari ini mengumumkan bekas Naib Presiden Monolith Productions, Kevin Stepehens akan menjadi ketua untuk studio baru di Seattle.

Studio baru EA ini masih belum mempunyai nama tapi akan memberi fokus kepada genre dunia terbuka, aksi dan pengembaraan.

Gabungan ini juga bakal menyatukan semula Stephens dengan pekerja senior EA, Samantha Ryan. Mereka berdua pernah bekerja di Monolith pada tahun 90-an.

“Penyatuan Kevin dan Samantha sudah semestinya akan membuatkan Electronic Arts  ke arah yang lebih kreatif untuk pasukan kreatif EA.” kata Ketua EA Studio Laura Miele.

EA sudah lama mahu meneraju dalam percubaan permainan video dunia terbuka. Sebagai contoh sebuah permainan video dunia terbuka Star Wars tetapi telah dibatalkan pada 2019.

Nantikan permainan video baru dari EA pada masa akan datang!

Rujukan: gamesindustry.biz

RELATED NEWS

+