melaporkan Dendi kini sah menyertai Tigers. Tapi di dalam twit dan posting di Facebook, Tigers tak pernah menyatakan jika Dendi akan bermain untuk jangka masa berapa lama bagi pasukan itu."> melaporkan Dendi kini sah menyertai Tigers. Tapi di dalam twit dan posting di Facebook, Tigers tak pernah menyatakan jika Dendi akan bermain untuk jangka masa berapa lama bagi pasukan itu." /> melaporkan Dendi kini sah menyertai Tigers. Tapi di dalam twit dan posting di Facebook, Tigers tak pernah menyatakan jika Dendi akan bermain untuk jangka masa berapa lama bagi pasukan itu." />

DOTA 2: Dendi Sebenarnya Masih Dalam Kontrak Bersama Navi – Kata CEO

Sebentar tadi, kami melaporkan Dendi kini sah menyertai Tigers. Tapi di dalam twit dan posting di Facebook, Tigers tak pernah menyatakan jika Dendi akan bermain untuk jangka masa berapa lama bagi pasukan itu.

Laporan dari VPEsports mendapati, Danil “Dendi” Ishutin masih lagi di bawah kontrak bersama Natus Vincere. Ketua Pegawai Eksekutif Navi, Yevhen Zolotarey berkata Dendi hanya ‘dipinjamkan’ untuk bermain bersama Tigers. 

“Kami hanya meminjamkan Dendi untuk bermain dengan mereka [Tigers],” kata Zolotarey. “Apa yang berlaku seterusnya bergantung kepada Dendi dan keputusan dari pusingan kelayakan. Sekarang, dia masih ada kontrak yang aktif bersama NaVi,”

Tigers bukan saja menandatangani Dendi tapi juga lagenda Dota 2 Malaysia, Chai “Mushi” Yee Fung sendiri. Kedua mereka menggantikan tempat Lai “Ahjit” Jay Son dan Muhammad “inYourdreaM” Rizky yang meninggalkan skuad itu pada 19 Januari lepas.

Baca lanjut: Mushi sah sertai Tigers

Kita akan menyaksikan Tigers memberi persembahan terbaik mereka ketika pusingan kelayakan Asia Tenggara untuk DreamLeague Major bermula esok. Empat pasukan terbaik di kelayakan terbuka ini akan mara bertemu Fnatic, TNC Predator, BOOM ID dan Mineski di kelayakan tertutup. Kedua pasukan terbaik dari situ akan layak ke Major.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+