10 Sebab Korang Kena Datang Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Pada Sabtu Dan Ahad Ini!

Kemeriahan Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 diteruskan lagi ke Universiti Sains Malaysia (USM) pada Sabtu dan Ahad ini.

Acara e-sukan antara universiti ini bakal berlangsung pada 12 Oktober hingga 13 Oktober akan menyaksikan pertandingan sengit permainan e-sukan popular iaitu Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

Selain pertandingan e-sukan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai dan nikmati. Nak tahu apa yang menyeronokkan di XPAXKEK Semester 2 untuk Zon Utara? Jom baca 7 sebab korang memang kena berkunjung ke USM pada hujung minggu ini!

 

1. Saksikan persembahan artis oleh Tuah Adzmi, Tajul, Indah Ruhaila, Aman Aziz dan Muna Shahirah

Selalu ke artis datang buat persembahan dekat universiti korang? Haa kali ini kami bawakan lima artis popular tahan air tau! Indah Ruhaila, Tajul, Aman Aziz, Tuah Adzmi dan Muna Shahirah akan gegarkan USM pada hari Ahad nanti.

Kepada semua peminat, jangan lepaskan persembahan mereka di atas pentas XPAXKEK Zon Utara dalam sesi KEK Jam bermula pada pukul 6 petang pada hari Ahad.

 

2. Serlahkan bakat Counter-Strike: Global Offensive korang (CS:GO) dan menang hadiah laptop gaming Lenovo Legion.

Selain pertandingan Mobile Legends dan PUBG Mobile, serlahkan bakat terpendam dalam perlawanan CS:GO terbuka untuk semua pengunjung yang ditaja oleh Lenovo Legion di Experience Booth.

Dalam format 1 lawan 1 (1 vs 1), pemenang untuk hari pertama dan kedua bakal beradu tenaga untuk memenangi hadiah utama iaitu laptop Legion Y7000 manakala pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang monitor gaming Legion Y27q-20 WLED

 

3. Tonton perlawanan Mobile Legends dan PUBG Mobile

Untuk Zon Tengah, kita telah menyaksikan pasukan Ultra Instinct daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjuarai pertandingan Mobile Legends manakala pasukan MSU | KUDA daripada Management & Science University (MSU) mendapat tempat pertama untuk PUBG Mobile di UiTM Puncak Alam pada 6 Oktober lepas.

Pasukan Zon Utara manakah yang bakal mengharumkan nama universiti untuk pertandingan dua game e-sukan popular ini pada Sabtu dan Ahad ini?

Berikanlah sokongan padu kepada pasukan-pasukan yang mara ke XPAXKEK Zon Utara di USM, Penang nanti!

 

4. Temui pengulas Mobile Legends terkenal, Ikuto dan SparTankeR

Pengulas yang memang dikenali dalam kalangan peminat Mobile Legends akan berganding bahu untuk bawakan ulasan mantap berdasarkan pertarungan sengit antara pasukan universiti-universiti di zon Tengah ini.

Jangan lupa berkunjung ke USM, Penang untuk bertemu dan beramah mesra bersama mereka berdua ini!

 

5. Menang cabutan bertuah dari Lenovo Legion dan Lazada Malaysia

Acara besar sebegini tak lengkap tanpa pengunjung membawa pulang hadiah menarik melalui cabutan bertuah! Ada hadiah lumayan khas dari Lenovo dan barangan lain dari realme seperti baju eksklusif, botol air dan sarung borol. Juga ada tetikus dan gaming headset Rapoo ditaja Lazada (bernilai sehingga RM2,500) sepanjang dua hari ini.

Kalau korang datang pada hari Sabtu dan tunggu sehingga ke akhir acara, korang berpeluang untuk memenangi hadiah Grand Lucky Draw. Nak tahu apa hadiahnya? Jom ajak kawan-kawan korang untuk datang sekali ke UiTM Puncak Alam pada hujung minggu ini!

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membawa pulang 1 set monitor Lenovo L22e-20 21.5 inci LED Backlit LCD bersama PC IdeaCentre 510.

 

6. Giveaway sebuah telefon pintar realme 5 Pro!

Ini lah masanya untuk menang sebuah telefon pintar!

Nota: realme 5 Pro antara telefon pintar mid-range yang sesuai untuk gamers! Ia mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 712 AIE yang 10% lebih lancar berbanding produk terdahulu dan boleh mainkan kesemua permainan dengan grafik tinggi dengan lancar.

Ia juga dilengkapi 48MP Quad Camera dengan lensa ultra-wide-angle, portrait, ultra-macro, belakang dan lensa AI depan. Ia juga hadir dengan RAM 8GB dan storan sebanyak 128GB. Menariknya, ia juga mempunyai bateri dengan kapasiti 4,035mAh, pengecasan pantas 3.0 (20W) dan port USB-C.

Artikel berkaitan: realme 5 dan realme 5 Pro dilancarkan di Malaysia

 

7. Ketahui lebih tentang industri gaming dan e-sukan

Industri gaming dan e-sukan ternyata semakin berkembang di Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih terperinci tentang industri yang semakin rancak di negara kita, korang boleh dengar perbincangan dan pendapat tentang gaming dan e-sukan khususnya di Utara melalui Sembang Gamers.

 

8. Sertai pertandingan swafoto Rohto dan menang hadiah!

Dekat sana nanti, ada selfie contest dari Rohto untuk korang menang hadiah! Tangkap gambar di photobooth bersama Rohto Cool Eye Drops!

Selain tu, korang nak tahu tak.. korang boleh gunakan Rohto Cool Eye Drops ini untuk segarkan kembali mata! Ia mempunyai formula untuk menyejuk dan melembapkan mata dan menjadikan pandangan anda lebih jelas. Gunakan sebanyak 1 hingga 2 titik, 5 hingga 6 kali sehari.

Bila nak guna? Apabila korang terlalu lama hadap skrin di komputer atau peranti pintar, ia menjadikan mata kelihatan letih dan kering. Penggunaan Eye Drops ini mampu mengembalikan kelembapan mata apabila dimasuki debu dan habuk. Ia juga boleh digunakan apabila mata korang rasa tak selesa kerana penggunaan contact lenses.

Dapatkan ia di farmasi berdekatan ataupun beli di Caring Online untuk dapatkan diskaun RM2 dengan promo: ROHTORM2

 

9. Menangi Honda Jazz Hybrid, dapatkan kod rahsia! 

Rasanya bukan semua acara e-sukan ada bagi giveaway kereta kan? Haa ini dia cara-cara nak menang kereta idaman korang, Honda Jazz Hybrid!

 

10. Main game santai-santai dan bawa pulang hadiah!

Siapa kata main game ini membuang masa? Korang boleh relaks dan santai sambil bermain game seperti dalam Beat Saber, Taiko no Tsujin, F1 dan banyak lagi dalam KEK Trial dan berpeluang untuk memenangi hadiah barangan menarik dari Lazada. 

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel, & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

Untuk maklumat lanjut tentang Celcom XPAXKEK Semester 2, layari laman sesawang utama di sini dan ikuti perkembangan acara ini melalui FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan siaran langsung perlawanan Mobile Legends di setiap zon di Facebook kami.

RELATED NEWS

+