Mobile Legends: Ultra Instinct Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Juara MLBB Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Tengah

Selepas mengharungi pusingan separuh akhir yang begitu sengit, Team Pyro dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bertemu Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi di final MLBB Celcom XPAXKEK Semester 2 Zon Tengah.

Di final, perlawanan pertama bermula dengan begitu sengit apabila kedua pasukan bermain dengan baik sekali gus melanjutkan perlawanan hingga 35 minit yang menyaksikan Team Pyro berjaya menunjukkan dominasi. Di game kedua, Ultra Instinct kembali menyengat menyamakan kedudukan 1 – 1.

Bagaimanapun pada game penentuan, Ultra Instinct sekali lagi menunjukkan draft dan keserasian sebagai lima pemain sekali gus meraih gelaran juara untuk Zon Tengah.

Saksikan video ulang tayang di bawah: 

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Grand Final Zon Sentral – Ultra Instinct [UKM] vs TEAM Pyro [PSA]

Kalau korang ikuti perkembangan perlawanan MLBB di #XPAXKEK UiTM Puncak Alam kali ini, korang mesti tahu dua team ini memang layak dan patut berada di pentas Final! Ini sudah pasti bakal mencetuskan perlawanan yang sangat sengit antara Ultra Instinct [UKM] dan TEAM Pyro [PSA]. Siapa yang layak untuk memegang title Juara di sini? jom saksikan secara LIVE!

Posted by My Game On on Sunday, October 6, 2019

Di tempat kedua dimenangi oleh Team Pyro, diikuti 7th Generation( Universiti Malaya ) di tempat ketiga dan BOI dari Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur di tempat keempat.

Keempat-empat pasukan ini layak untuk merebut hadiah keseluruhan RM180,000 di Grand Final akan diadakan di The Curve, Kuala Lumpur pada akhir November nanti.

——-

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+