Jom Kenali 4 Atlet E-Sukan Yang Selalu Pergi Gym, Buat Workout

Mungkin ada yang kata atlet e-sukan akan ‘terperap’ dalam rumah dan tidak melakukan apa-apa senaman untuk kekal sihat. Ada juga yang anggap mereka bermain game tanpa henti dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti luar.

Siapa kata main game tapi tak lakukan aktiviti fizikal? Sebenarnya ramai atlet e-sukan di luar sana yang memang pandai jaga badan dan selalu ke gimnasium untuk memastikan mereka sentiasa sihat dan fit. Jom kenali tiga atlet e-sukan yang memang berbadan sado!

 

1.  Pasha Biceps (CS:GO) – 31 tahun

Bagi ahli komuniti Counter Strike: Global Offensive (CS:GO), korang mesti terlebih kenal Jaroslaw “PashaBiceps” Jarząbkowski. Beliau adalah pemain veteran dari versi CS 1.6 dan pernah menyertai Golden Five, kumpulan pemain Poland yang mendominasi arena kompetitif CS 1.6 dari 2006 hingga 2008.

Tapi yang paling menaikkan nama jejaka sado ini ialah pembabitannya bersama skuad Virtus Pro dari CIS. Pasha juga pernah diundi sebagai pemain ketiga terbaik dunia pada tahun 2014 oleh HLTV.

Jadi.. siapa kata pemain e-sukan tak boleh jadi profesional dan fit

 

2. Freakazoid (CS:GO) – 27 tahun

Ryan Abadir adalah pemain Cloud 9 dan sekarang bermain untuk skuad eUnited. Rasanya kehebatan dia tak perlu disangkal lagi sebab beliau pernah memenangi beberapa kejohanan CS:GO yang besar bersama Cloud 9.

Dalam satu temubual bersama Redbull, beliau mengatakan rutin ke gim untuk mengangkat berat dan sentiasa kelihatan fit sebenarnya diinspirasikan dari bapanya yang selalu workout

“Saya suka mengangkat berat dan ia membantu saya untuk jadi lebih kuat dari segi mental dan juga bantu fokus dalam perlawananan. Ia juga membantu saya jadi lebih yakin. Kalau saya tak workout, saya rasa mungkin saya tak jadi pemain yang bagus seperti sekarang,”. Beliau ke gimnasium selama 5 hingga 6 hari seminggu untuk kekal sihat.

 

3. Sean “Seang@Res” Gares (CS:GO) – 31 tahun

Pemain CS:GO dari Amerika Utara ini mempunyai 14 musim ESEA Invite, satu liga profesional untuk Half Life dan Counter Strike. Selain menjadi pemain, Sean juga adalah pengulas dan penganalisa ketika ESL ESEA Pro League Season 2 Finals pada Disember 2015. Beliau kemudian kembali kompetitif dan turut digelar sebagai kapten pasukan dalam permainan (IGL) dan menjadi sebab bagi pasukan Amerika Utara digeruni oleh pasukan Eropah.

 

Pada 2018, Sean banyak berkecimpung dalam bidang pengulasan CS:GO.

 

4. Tal “Fly Aizik (Dota 2) –  26 tahun

Pemain popular yang menubuhkan skuad OG bersama rakan karibnya, N0tail ini sememangnya dikenali dalam dunia Dota 2. Bersama OG, Tal pernah memenangi beberapa kejohanan Major anjuran Valve. Bersama pasukan barunya, Evil Geniuses, Fly mendapat tempat ketiga di pentas dunia Dota 2, The International 2018, membawa pulang lebih USD$2 juta.

Pada tahun 2013, beliau adalah pemain Israel pertama yang bertanding di The International bersama skuad Fnatic. Mempunyai badan yang sasa bukan saja meningkatkan keyakinan diri tapi membantunya dari segi mental.

“Saya percaya ia membantu untuk lebih fokus dalam perlawanan. Selepas workout, saya jadi lebih fokus, minda tetap dalam perlawanan jadi mutu permainan bertambah baik. Kalau saya tak bersenam, saya takkan main seperti biasa.

“Kalau ke luar negara sekalipun, saya akan ke gym hotel untuk bersenam sekerap mungkin,” kata Fly dalam satu temubual bersama Fnatic.

Jadi kita dah kenal pemain-pemain e-sukan luar negara yang sado. Bagi korang pula, macam mana nak sado dengan cepat? Semestinya dengan Fitlion! Korang boleh dapatkan produk supplement, macam-macam pilihan ada!

Dekat mana? Klik aja pautan ini!

 

Di Celcom XPAXKEK Semester 2 Grand Final di The Curve yang berlangsung esok hingga 24 November nanti, Fitlion akan memberikan baucar digital bernilai lebih RM20,000 kepada pemenang untuk mereka dapatkan produk supplement dan nutrisi di https://my.fitlion.com/:

Mobile Legends:
Juara : RM6,000
Naib juara : RM3,000
Tempat ketiga : RM1,800

PUBG Mobile:
Juara : RM5,000
Naib juara : RM2,500
Tempat ketiga : RM1,500

 

Fitlion juga akan memberikan set kaca mata hitam CUBIK RXW, yang boleh digunakan gamers untuk mengurangkan mata letih dan rasa tidak selesa akibat menghadap monitor dan skrin di PC dan peranti pintar selama berjam-jam.

Fitlion dilancarkan pada 2007 dan menjual barangan nutrisi dan aksesori dalam talian. Setakat ini, Fitlion kini berkembang ke rantau Asia Tenggara seperti Malaysia, Myanmar dan lain-lain. Antara jenama popular yang diedarkan secara rasmi ialah – Optimum Nutrition, BSN, Ronnie Coleman, Mutant, Grenade dan banyak lagi.

RELATED NEWS

+