Permainan Battle Royale baharu, PUBG: New State mendapat sambutan hangat biarpun masih dalam fasa alpha tertutup. Malah, jumlah pra-pendaftaran bagi permainan ini mencapai sehingga 17 juta.
With the conclusion of PUBG: NEW STATE’s Closed Alpha, we’re happy to announce that we have also exceeded 17 million pre-registrations!
We want to thank everyone for the amazing support, which allowed us to reach this incredible feat.
Pre-register now: https://t.co/EBb0JzvBmM pic.twitter.com/NwOy94W6zI
— PUBG: NEW STATE (@PUBG_NEWSTATE) June 17, 2021
Ia diumumkan pada Februari lalu dan dianggap sebagai penerus legasi untuk versi PC PlayerUnknown’s Battlegrounds.
PUBG: New State menggunakan tema futuristik dan latar masa tahun 2051. Jika disaksikan dari gameplay, New State mempunyai grafik ultra-realistik dan mekanisme permainan baru seperti mengelak, memanggil dron dan meminta bantuan.
Jangan lupa untuk mendaftar di link Twitter di atas dan anda akan menerima skin kenderaan terhad sebagai ganjaran.
Walaupun tiada tarikh pelancaran lagi, namun khabar mengatakan ia akan tiba dalam masa terdekat dan bagi sesiapa membuat pra-pendaftaran akan menerima notifikasi jika permainan mudah alih ini sedia dimainkan.
Sumber rujukan: Eurogamer