Undawn – Permainan video dunia terbuka zombie survival dari studio PUBG Mobile

Undawn adalah permainan mudah alih dunia terbuka zombie survival yang yang akan dilancarkan di Asia Tenggara hujung bulan hadapan.

Garena bakal menjadi pengeluar Undawn untuk Asia Tenggara.

Permainan ini dibangunkan oleh Level Infinite dan Lightspeed Studios yang juga studio disebalik PUBG Mobile.

Bagi menyambut pelancaran ini Garena juga membuat siri aksi nyata berdasarkan Undawn dengan membawa pencipta kandungan popular seperti SleepyGodzillas, Afiq Chii dan Aina XGaming di mana mereka perlu lari dari dan menyelamatkan diri daripada zombi.

Dalam Undawn, pemain perlu hidup sambil mencari barang kelangsungan hidup untuk berlawan dengan gerombolan zombi yang akan datang menyerang.

Ikon Hollywood terkenal iaitu Will Smith juga dibawa untuk mempromosikan Undawn.

Will Smith akan digelar sebagai Trey Jones dan mempunyai senjata dan kosmetiknya tersendiri.

https://static1.moviewebimages.com/wordpress/wp-content/uploads/2023/05/trey-jones-visual.png?q=50&fit=crop&w=943&dpr=1.5

Pelancaraan Undawn Global pula akan dilancarkan mulai 15 Jun ini.

Undawn akan dilancarkan di Asia Tenggara mulai 29 Jun ini di App Store, Google Play dan PC.

RELATED NEWS

+