Fasa kedua acara BoBoiBoy x PUBG Mobile (Elemental vs Shadow) kini bermula

PUBG Mobile kini meneruskan lagi kolaborasi mereka bersama BoBoiBoy dengan pengenalan pek suara serta sut elemental yang sememangnya ikonik dalam animasi itu.

Dari 17 Februari hingga 1 Mac ini, pemain boleh menikmati acara Elemental vs Shadow dengan peluang memenangi set Elemental Burst yang diinspirasikan oleh BoBoiBoy. Pemain perlu memainkan lima perlawanan untuk menebus head gear dan menghabiskan perlawanan itu sebanyak tujuh kali untuk menebus kesemua yang lain dari set itu.

 

Pemain juga boleh lihat kedai dalam permainan untuk cop sut isitmewa dari Fang. Lebih meriah lagi apabila ada pek suara BoBoiBoy, Fang dan Adudu boleh didapatkan dalam permainan. Setiap karakter akan menyebut lima dialog .

Bagi pemain yang terlepas memiliki helmet dan bag galas BoBoiBoy yang eksklusif pada acara fasa pertama, anda boleh mendapatkannya dalam masa terhad kali ini hingga 31 Mac saja.

“Kami teruja membawakan fasa seterusnya kolaborasi ini kepada pemain PUBG Mobile. Di fasa pertama, kami meletakkan kuasa di tangan pemain dengan memasukkan elemen popular dari animasi ke dalam mekanisme permainan.

“Sekarang, kami membawakan kosmetik eksklusif dan pek suara pula,” kata Adil Hisham, Pengurus Pemasaran PUBG Mobile Malaysia.

RELATED NEWS

+