Baru-baru ini, Moonton memaparkan sebuah foto yang menunjukkan lima individu dalam bentuk siluet."> Baru-baru ini, Moonton memaparkan sebuah foto yang menunjukkan lima individu dalam bentuk siluet." /> Baru-baru ini, Moonton memaparkan sebuah foto yang menunjukkan lima individu dalam bentuk siluet." />

MLBB berkolaborasi bersama kumpulan K-Pop?

Baru-baru ini, Moonton memaparkan sebuah foto yang menunjukkan lima individu dalam bentuk siluet. 

Ia adalah satu kolaborasi di antara MLBB dan sebuah kumpulan K-Pop yang terkenal.

Kumpulan itu adalah ITZY yang merangkumi sebanyak lima orang ahli dalam kumpulan itu. Ahlinya terdiri daripada Yeji, Ryujin, Lia, Chaeryeong dan Yuna.

Mereka dijangka akan menjadi duta global Mobile Legends serta tetamu jemputan di dalam MLBB. Menurut foto itu, kolaborasi ini akan bermula pada 31 Mac.

Pada mulanya, ia menjadi spekulasi ramai selepas ada ahli komuniti Mobile Legends yang menjawab tinjauan tentang kumpulan K-Pop pada tahun lalu. ITZY turut berada dalam pilihan jawapan.

ITZY pernah menjadi duta untuk permainan popular Pokemon dan turut membintangi di dalam iklan Pokemon Unite dan Pokemon Scarlet and Violet.

Ini bukan kali pertama sebuah kumpulan K-Pop berkolaborasi bersama sebuah permainan video. BLACKPINK turut berkolaborasi bersama PUBG Mobile dan (G)I-DLE turut terlibat dalam League of Legends.

RELATED NEWS

+