Discord mengumumkan kerjasama dengan YouTube untuk fungsi ‘Watch Together’

Kebelakangan ini, YouTube sudah memansuhkan beberapa bot muzik Discord yang digunakan oleh orang ramai seperti Rythm dan Groovy dan hal ini menyebabkan ramai pengguna Discord tidak berpuas hati dan sedih akan pemergian bot muzik kegemaran mereka.

Namun demikian, Discord dalam proses menggantikan bot muzik itu dengan fungsi yang lebih menarik.

Discord baru sahaja mengumumkan kerjasama mereka dan YouTube dalam membawakan fungsi ‘Watch Together’ yang seakan-akan ‘watch party’. Fungsi ini membolehkan pengguna menonton video bersama-sama di dalam chat suara Discord.

Fungsi ini masih dalam tahap eksperimental dan saat ini hanya tersedia dalam jumlah pelayan Discord yang sangat terhad, tetapi The Verge melaporkan bahawa pengujian akan meluas dalam beberapa minggu yang akan, dengan pelancaran penuh untuk semua pengguna dalam proses untuk bulan Oktober.

Buat masa ini, fungsi itu hanya tersedia untuk pelayan rakan dan keluarga Discord dan pelayan Game Lab yang dijalankan oleh Discord.

RELATED NEWS

+