Discord cuba bawa NFT, pengguna tidak puas hati

CEO bagi Discord, Jason Citron baru-baru ini mengumumkan melalui Twitternya bahawa aplikasi sosial yang cukup dikenali itu bakal menyertakan integrasi NFT.

Hal ini menjadi menimbulkan tanda tanya daripada para pengguna aplikasi itu, selepas sebuah kaji selidik yang pernah diadakan pada bulan Ogos lalu, mengenai pengetahuan pengguna dengan NFT, timbul semula di Twitter minggu ini. 

Kemudian, Jason Citron juga membalas kepada satu ciapan bersama satu tangkap layar yang memaparkan sebuah integrasi dua aplikasi dompet kriptowang bersama Discord. 

Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan ketidakpuasan para pengguna Discord terutamanya di Twitter dan Reddit.

Bahkan, terdapat pengguna Reddit yang meminta untuk pembangun Discord untuk tidak menyokong langkah ini, selain ada yang meminta mereka yang pernah melanggan Discord Nitro untuk membatalkan langganan mereka. 

Sumber: PC Gamer

TAGS

RELATED NEWS

+