4 berita lain dari yang lain dalam dunia gaming setakat Jun ini

Kali ini dalam beberapa berita dunia permainan video yang lain daripada yang lain.

Banyak berita yang muncul namun ini yang menarik setakat ini:

1. Kemunculan Ugly Sonic

Sonic yang pernah menjadi rekaan buruk dan akhirnya ditukar menjadi kameo dalam filem Chip and Dale. Ramai nyata suka dengan Sonic versi buruk ini.

Ugly Sonic juga tahu rupanya buruk tetapi di dalam filem, dia diubah menjadi lebih kacak.

2. AirRes Mask – Topeng Nafas Oculus

AirRes Mask: A Precise and Robust Virtual Reality Breathing Interface -  YouTube

Tambahan Oculus Quest 2 baru ini membolehkan anda untuk simulasikan pernafasan anda seperti meniup belon dan lilin.

Malah berkemungkinan juga simulasi untuk membuat pernafasan anda makin sukar juga ada.

Sangat pelik kerana kerisauan untuk kesukaran bernafas boleh berlaku.

3. Permainan simulasi dating Dead by Daylight Hooked on You

Dead by Daylight membawa anda untuk menjawab persoalan bagi membuat temujanji dengan raksasa.

Tanpa disangka Hooked on You membolehkan anda untuk bermain, mendekati dan mengetahui lebih mengenai raksasa-raksasa yang anda ingin untuk jadikan teman.

Agak pelik untuk permainan yang terkenal dengan penuh seram membuat permainan simulasi dating.

4.Kalahkan bos Elden Ring Margit dengan kecapi

Pemain tegar Elden Ring banyak cuba untuk mengalahkan permainan itu dengan alat musik namun menggunakan kecapi untuk mengalahkan antara bos paling menyusahkan patut dipuji.

Dimainkan oleh Harpist yang selalu bermain permainan video menggunakan kecapi dia akhirnya berjaya untuk mengalahkan Margit dengan kecapi.

Satu perkara yang sukar untuk dibuat disebabkan kesusahan Elden Ring.

Apa lagi berita lain dari yang lain yang anda tahu?

RELATED NEWS

+