5 senjata paling ‘overpowered’ dalam permainan video

Permainan video banyak memberi anda peluang untuk menjadi apa sahaja daripada menjadi manusia sehingga menjadi raksasa.

Senjata yang anda bawa kadang-kadang adalah lebih kuat dari biasa (overpowered).

Jom tengok senarai lima senjata paling overpowered dalam permainan video:

1. Plasma Cutter (Dead Space)

Plasma Cutter pada mulanya hanya pistol biasa yang sepatutnya hanya menjadi senjata kedua anda.

Namun entah bagaimana, Plasma cutter terlalu bagus dan kuat untuk Dead Space.

Senjata ini boleh dimiliki sangat awal dalam permainan dan siapa sangka ia menjadi sangat kuat sehingga tamat permainan dan anda tidak perlu menggunakan senjata lain.

Apa guna ada senjata lain?

2. Rivers of Blood Katana (Elden Ring)

Katana ini boleh dikatakan senjata paling dahsyat dalam Elden Ring.

Rivers of Blood Katana mempunyai mekanik bleeding iaitu mekanik yang mengurangkan nyawa musuh dalam masa tertentu.

Nyawa bos-bos yang terkena senjata ini boleh cair begitu sahaja malah ada yang mati dalam hanya beberapa saat.

Ia juga lebih kuat dari apa yang anda sedar dan anda boleh menggunakan katana ini untuk kedua-dua belah tangan bagi menjana kuasa lebih hebat.

3. Blue Shell (Mario Kart)

Jika anda peminat Mario Kart, Blue Shell atau cangkerang biru ini adalah senjata paling kuat dalam Mario Kart.

Senjata ini sangat kuat kerana kegunaannya adalah terus menyerang pemain yang berada di tempat pertama.

Sesiapa yang terkena cangkerang ini boleh merosakkan kedudukan anda kadang-kadang dari tempat pertama hingga berubah ke tempat terakhir.

Namun, satu cara untuk mendapatkan senjata ini apabila anda berada di kedudukan terakhir saja.

4. BFG (Doom)

BFG adalah senjata paling kuat dalam siri Doom dan sangat ikonik kerana namanya.

Hanya dengan senjata ini anda boleh menghancurkan musuh dengan begitu mudah sekali terutamanya apabila mereka berkumpul.

Malah, bos yang terkena senjata ini juga tidak boleh bergerak untuk seketika.

5. Energy Sword (Halo 2)

Energy Sword antara senjata ikonik dalam dunia Halo.

Namun, Energy Sword dari Halo 2 membuatkan senjata ini lebih kuat daripada biasa.

Boleh dikatakan tiada cara untuk menghentikan senjata ini.

Senjata ini hanya memerlukan satu serangan sahaja untuk membunuh musuh.

Namun dalam Halo yang baru, senjata ini terpaksa dikurangkan kekuatannya.

Apa lagi senjata paling overpowered yang korang pernah jumpa dalam permainan video?

RELATED NEWS

+