4 kepercayaan pelik dalam dunia e-sukan

Ada orang yang percayakan perkara-perkara pelik dan ada juga orang lain yang membawa kepercayaan mereka ke permainan video.

Tidak kira lah samada ia peraturan tidak bertulis di dalam permainan video atau sumpahan yang selalunya akan berlaku di dalam permainan video.

1. Sumpahan 9-3 (Valorant)

Valorant dikatakan mempunyai sumpahan apabila perlawanan separuh masa habis dengan 9-3.

Satu sumpahan akan berlaku dan pasukan yang mendahului 9-3 akan kalah disebabkan comeback.

Tiada siapa tahu kenapa perkara ini berlaku, ia boleh menjadi dari masalah peta, masalah duit dan pelbagai lagi sebab yang mungkin boleh dijelaskan.

2. Jangan bunuh ayam! (CS:GO)

CS:GO mempunyai sumpahan ayam yang tidak akan anda percaya.

Dalam CS:GO di beberapa peta terdapat ayam yang akan muncul dan anda boleh berinteraksi dengan ayam itu namun satu benda sahaja yang anda tidak patut buat.

Jangan bunuh ayam itu kerana setiap kali anda membunuhnya sesuatu yang buruk pasti akan berlaku selepas itu.

3. Takut segala Bush (League of Legends)

Semak-samun dalam League of Legends boleh digunakan untuk bersembunyi dan melakukan pelbagai jenis serangan hendap.

Disebabkan semak ini ramai orang mempunyai trauma dan percaya anda tidak sepatutnya terus masuk ke dalam rumput ini tanpa ward.

Apa akan jadi jika anda masuk? Sudah semestinya musuh yang sentiasa ada dimana-mana.

Gerakan ini digelar the Death Bush.

4. Anda berlagak anda mati (Super Smash Bros)

Super Smash Bros mempunyai sumpahan iaitu jangan berlagak dan mengejek lawan anda.

Kerana selalunya selepas anda mengejek lawan anda, anda pasti akan terus kalah selepas itu.

Sejak itu perkara ini digelar “Taunt to Get Bodied” atau ejek untuk terus kalah.

Apa lagi kepercayaan pelik dalam permainan video yang anda main?

RELATED NEWS

+