Perlu lebih banyak pasukan VALORANT di Malaysia untuk wujudkan daya saing

Terkandas di peringkat kumpulan Predator League Asia Pasifik 2024 di Manila, Filipina membuatkan Todak tidak berjaya ke semi final sekali gus tersingkir dari kejohanan itu.

Bagi jurulatih dan penganalisis Todak VALORANT, Muhammad Danial Haiqal, dia menyifatkan kekangan ini berlaku disebabkan perubahan roster dan beberapa faktor lain.

“Apa yang saya boleh katakan, Todak mempunyai perubahan pada saat akhir kerana salah seorang pemain kami (Aiman) mempunyai masalah prestasi.

“Saya sebagai jurulatih atau penganalisis sentiasa merekodkan prestasi mereka. Masalah ini berterusan agak lama, hampir sebulan. Saya tak nampak peningkatan.

“Jadi kami perlu buat perubahan dengan menukar pemain,” katanya.

 Untuk memajukan komuniti VALORANT di Malaysia, Danial berpendapat terdapat kekangan yang perlu diatasi terlebih dulu.

“Komuniti tak sebesar tempat lain jadi pasukan seperti Nexga dan Team Path contohnya tak konsisten juga.

“Jadi bila lawan pasukan tak konsisten, kita tak boleh dapat konsisten berterusan.

“Kalau malaysia ada banyak pasukan dan kejohanan, kita boleh asah preparation dan kemahiran di peringkat tempatan.

“Tak perlu pergi jauh baru tahu masalah. Bila sampai Filipina baru tahu ada gap perlu isi sementara dekat Malaysia rasa dah cukup semuanya,” katanya.

Danial berharap lebih banyak kejohanan VALORANT diadakan untuk mewujudkan peluang kepada pemain baru bersinar dan memberi daya saing kepada pemain sedia ada.

RELATED NEWS

+