Predator League sudah boleh didaftar, kini ada VALORANT dan Dota 2

Liga Predator Asia Pasifik edisi 2024 akan memulakan pusingan kelyakan Malaysia tidak lama lagi. 

Pembaharuan kali ini adalah permainan video VALORANT dimasukkan menggantikan PUBG. Ia juga menawarkan hadiah wang terkumpul lumayan untuk Malaysia iaitu sebanyak RM100,000 dan peluang mewakili negara bertanding di peringkat antarabangsa.

Bagi mereka yang layak, akan berlawan di Grand Final yang bakal diadakan di Manila, Filipina pada 13 dan 14 Januari 2024.

Pendaftaran sudah dibuka dan anda boleh melayari laman web ini bagi mendaftar sehingga 14 September ini.

Pusingan kelayakan akan diadakan seperti berikut:

VALORANT – 16 September dan 17 September

Dota 2 – 23 September dan 24 September

Pusingan final di Noizucon @ Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC):

Dota 2 – 30 September

VALORANT – 1 Oktober

“Predator League menjadi komitmen berterusan kami untuk membina komuniti gaming di rantau APAC. Pertandingan ini sudah pun menunjukkan kejayaan di peringkat dunia sejak kebelakangan ini dan kami teruja membawanya ke Manila, satu lokasi dinamik bagi peminat e-sukan di seluruh dunia,” kata Andrew Hou, Presiden, Operasi Acer Pan Asia Pasifik.

RELATED NEWS

+